Utusan Borneo (Sabah)

Takis Force julang Piala Ketua Pemuda Umno Papar

-

PAPAR: Pasukan Takis Force muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar yang berlangsun­gdipadangS­ekolah Kebangsaan (SK) Kelanahan, di sini pada Ahad.

Pasukan dari Kampung Takis itu dinobat sebagai juara selepas menewaskan Kelana 77 United 2-0 dalam aksi final sekali gus menjulang Piala Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar.

Sementara Takun FC dari Kampung Pulasan muncul pemenang tempat ketiga selepas menundukka­n KLFC dari Kampung Laut menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.

Dalam perkembang­an sama, beberapa anugerah kepada pasukan dan pemain turut diadakan dengan Surati Soccer Team dipilih sebagai Pasukan Terbaik.

Lain-lain anugerah dimenangi oleh Syukur Iqbal (Pemain Terbaik), Mohd Zaheryilha­m Abdul Majid (Penjaring Terbanyak), Asmadi Mat Salleh (Penjaga Gol Terbaik), Sufrizan Suhaibul dan Dans (Pemain Istimewa) serta Jack (Pemain Harapan Terbaik).

Terdahulu, semua hadiah kepada pemenang disampaika­n Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

Dalam ucapan perasmian penutupan beliau, Armizan memuji usaha yang dilakukan pihak penganjur dan berharap ianya akan terus diadakan pada masa akan datang.

“Kejohanan ini bukan setakat bermain bola sepak saja, tetapi juga berjaya mengumpul penduduk kampung berhampira­n dan ini sekali gus dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di kalangan mereka.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak penganjur terutama pengerusin­ya, Rezuan Ismail @ Garin yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Selain perlawanan bola sepak, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk pembukaan gerai-gerai makanan dan minuman, acara sepakan penalti untuk hadirin dan juga cabutan tiket bertuah yang menyaksika­n hadiahhadi­ah lumayan dibawa balik oleh pengunjung bertuah termasuk motosikal, kerbau, kambing dan banyak lagi hadiah menarik.

 ??  ?? PASUKAN Takis Force dan Kelana 77 United merakamkan gambar kenangan bersama Armizan sebelum perlawanan akhir bermula.
PASUKAN Takis Force dan Kelana 77 United merakamkan gambar kenangan bersama Armizan sebelum perlawanan akhir bermula.
 ??  ?? SEEKOR kerbau turut menjadi milik pengunjung bertuah dalam cabutan tiket bertuah.
SEEKOR kerbau turut menjadi milik pengunjung bertuah dalam cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? ARMIZAN (tengah) menyampaik­an piala kejohanan kepada pasukan Takis Force.
ARMIZAN (tengah) menyampaik­an piala kejohanan kepada pasukan Takis Force.
 ??  ?? KELANA 77 United terpaksa berpuas hati di tempat kedua kejohanan.
KELANA 77 United terpaksa berpuas hati di tempat kedua kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia