Utusan Borneo (Sabah)

Budak jahat Bollywood Salman Khan dan telatahnya di luar skrin

-

DITUDUH membunuh seorang lelaki gelandanga­n, memburu hidupan liar yang terancam dan menyerang seorang bekas Miss World, kehidupan superstar Bollywood Salman Khan di luar skrin hampir dramatik seperti filem epik yang dibintangi­nya.

Selepas ikon perfileman Hindi itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kerana membunuh kijang yang diancam kepupusan, di sini adalah beberapa kontrovers­i besar lain yang membabitka­n Salman Khan sehingga beliau diberi gelaran budak jahat Bollywood.

- Langgar lari yang menyebabka­n kematian Salman

Khan berada dalam sebuah kenderaan di Mumbai, tempat asal perfileman Bollywood, pada 2002 apabila ia naik ke atas bebendul jalan dan membunuh seorang lelaki gelandanga­n yang sedang tidur di laluan jalan kaki.

Dia didapati bersalah melakukan homisid dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, tetapi keputusan itu dibatalkan di mahkamah lebih tinggi pada 2015.

Pembebasan­nya sedang dicabar dalam Mahkamah Agung.

- Skandal Miss World Salman

Khan, yang tidak pernah berkahwin, dituduh menyerang bekas Miss World Aishwarya Rai sewaktu menjalin hubungan yang diikuti de-ngan dekat tetapi berakhir lebih sedekad lalu.

Superstar itu menafikan pernah memukul aktres Bollywood itu dan menolak khabar angin tentang hubungan mereka yang berprofil tinggi, termasuk khabar angin yang menyatakan dia mengugut untuk terjun dari bumbung pangsapuri Aishwarya Rai ketika mereka bergaduh.

- Kenyataan bodoh mengenai pengebom Pada

2015, Salman Khan mencetuska­n kemarahan apabila dia menggesa mahkamah tertinggi India untuk tidak menjatuhka­n hukuman mati ke atas seorang dalang serangan bom yang disabit kesalahan berhubung siri letupan yang membunuh ratusan orang di Mumbai. Penunjuk perasaan berhimpun di luar rumahnya selepas Salman Khan menyatakan lelaki itu tidak bersalah, tetapi wira

KE PENJARA:

Pelakon terkenal Bollywood Salman Khan tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan kes menentang beliau berkaitan mencuri-curi menangkap binatang liar yang telah berlangsun­g dalam tempoh yang lama di Jodhpur, India pada Rabu. Salman Khan didapati bersalah pada 5 April membunuh spesis terancam India itu hampir dua dekad yang lalu, kata seorang pendakwara­ya, dan dijatuhkan hukuman penjara sebanyak lima tahun. — Gambar AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia