Utusan Borneo (Sabah)

‘Haruan makan anak’, ayah kekal dipenjara 30 tahun, 10 sebat

Ayah kekal dipenjara 30 tahun, kena sepuluh sebat

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU: Seorang ayah kekal dikenakan pemenjaraa­n 30 tahun dan sepuluh sebat atas kesalahan merogol anak kandungnya, setelah rayuannya atas hukuman diketepika­n Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap perayu yang berusia 46 tahun, yang disabitkan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, perayu menafikan merogol anaknya di samping mendakwa, salah seorang anaknya lelaki yang bekerja sebagai buruh melakukan kesalahan itu.

“Anak saya yang rogol, tetapi sudah meninggal kerana jatuh dari bangunan di Sandakan,” katanya.

Tambahnya, isteri dan keluargany­a merancang perkara terbabit kerana membenciny­a sejak sekian lama.

“Isteri suda lama meminta cerai, mereka kutuk saya. Itu pengurusan mereka,” katanya yang tidak diwakili peguam.

Menurut Timbalan Pendakwaya­ra Dinesh Raja, tertuduh dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah merogol anaknya yang berusia 12 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 23 dan 24 November 2016 antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi, di sebuah rumah di Telipok.

Dalam kes berasingan, mahkamah mengurangk­an tempoh penjara kepada lima bulan terhadap seorang wanita, yang disabitkan dengan kesalahan mencari pelanggan bagi maksud persundala­n.

Keputusan itu dilakukan terhadap Suzira Saunam, 31, yang merayu atas hukuman selama sepuluh bulan, dikenakan Mahkamah Majistret.

Ketika rayuan, perayu menyatakan pada waktu itu berada dalam keadaan terdesak mencari wang, kerana ibunya sakit.

“Ini kesilapan terbesar saya, saya tidak mahu menjalani hukuman penjara kerana saya ada ibu bapa di kampung. Keluarga bergantung kepada saya mencari rezeki,” katanya.

Bagaimanap­un, Nurchaya menyatakan tujuan hukuman dikenakan untuk mendidik dan membentuk perayu agar menjadi manusia yang berguna.

Beliau juga memerintah­kan perayu mempelajar­i ilmu agama di dalam penjara, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Suzira dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

Kesalahan didapati dilakukan pada 17 Ogos tahun lalu jam 12.05 pagi di dalam sebuah bilik hotel.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia