Utusan Borneo (Sabah)

Sebanyak 30 peratus pengundi memilih calon berbanding parti

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pemilihan calon yang tepat antara faktor yang akan menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada satusatu kawasan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, berdasarka­n trend semasa, berlaku peningkata­n dalam peratusan pengundi memilih kualiti seseorang calon berbanding pengundi yang memilih parti.

“Saya boleh katakan 30 peratus pengundi tidak mengundi berasaskan parti sebaliknya mereka mengundi berdasarka­n calon yang dirasakan boleh mewakili mereka dengan baik.

“Dengan itu, saya yakin dan percaya BN akan menang di kawasan Ranau. Tapi dalam masa yang sama kita perlu menerima hakikat bahawa keputusan pengundi bergantung kepada perubahan yang dilakukan sejak beberapa tahun ini,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Perasmian Pameran Lukisan ‘Muka Self-Potrait’ di Balai Seni Lukis, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang keyakinan BN Ranau untuk mempertaha­nkan semua kerusi di kawasan berkenaan berikutan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Masidi yang juga Adun Karanaan berkata, secara peribadi beliau melihat BN cukup bekerja keras sejak dua dan tiga tahun lalu.

Bagaimanap­un dalam pilihan raya tiada perkara yang boleh dijangka. Mungkin BN bekerja keras namun, undian masih bergantung kepada siapa calon yang ditempatka­n di satu-satu kawasan.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia