Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sementara perlu pastikan pentadbira­n negara lancar

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sementara yang diwujudkan apabila Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum, adalah perlu bagi memastikan pentadbira­n negara terus berjalan lancar.

Ia juga berperanan sebagai pemegang amanah dalam menjaga kepentinga­n rakyat dan negara semasa tempoh Parlimen itu terbubar.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata walaupun tidak terdapat peruntukan khas mengenai kerajaan sementara dalam Perlembaga­an, ia ialah suatu amalan yang diterima.

“Walaupun tidak terdapat peruntukan spesifik dalam Perlembaga­an, ia tidak menjadi masalah.

“Ini kerana ia merupakan satu amalan bagi mana-mana kerajaan di dunia pun, di mana kerajaan dan Jemaah Menteri sedia ada akan menjalanka­n fungsi kerajaan sementara sehingga satu kerajaan baharu yang dipilih rakyat dibentuk,” katanya kepada Bernama.

Dalam hal ini, Shamrahayu berkata kerajaan sementara juga berfungsi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai urusan pentadbira­n negara, manakala Seri Paduka akan merupakan ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan sementara itu.

Mengenai bidang kuasa sesebuah kerajaan sementara itu, beliau menjelaska­n ia terhad kepada pentadbira­n rasmi dan rutin kerajaan, untuk meneruskan pelaksanaa­n dasar dan program yang telah dirancang sebelum pembubaran Parlimen dilakukan.

“Ia tidak boleh membuat keputusan yang mempunyai impak besar, misalnya membu atdasar danmelulus­kan peruntukan besar. Pengumuman melaksanak­an projekproj­ek besar juga tidak harus dilakukan dalam tempoh itu melainkan peruntukan kewangan dan rancangan projek tersebut telah diluluskan sebelum pembubaran,” kata beliau.

Katanya kerajaan sementara, yang dianggotai Jemaah Menteri sedia ada, akan berfungsi sejurus Parlimen dibubarkan dan ia akan termansuh secara automatik selepas seorang perdana menteri daripada pihak yang memenangi pilihan raya itu dilantik.

Shamrahayu berkata amalan yang sama juga terpakai ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas Parlimen dibubarkan.

Jelasnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen dibubarkan akan terus memegang dan menjalanka­n peranannya sehingga seorang Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu dilantik.

“Ini juga kerana beliau perlu mempengeru­sikan mesyuarat pertama Parlimen dan memastikan seorang Speaker baharu dilantik pada mesyuarat tersebut untuk menggantik­an beliau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia