Utusan Borneo (Sabah)

Lima negeri bubar DUN

Susulan pembubaran Parlimen ke-13 yang diumumkan PM

- MUSA bercakap dalam sidang media di Sri Gaya, Kota Kinabalu, bagi mengumumka­n pembubaran DUN Sabah, berkuatkua­sa mulai hari ini. -

KUALA LUMPUR: Lima negeri pada Jumaat mengumumka­n pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berkuat kuasa hari ini menyusuli pembubaran Parlimen ke-13, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Setakat pukul 6 petang, Sabah menjadi negeri pertama yang mengumumka­n pembubaran itu diikuti Perlis, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, bagi membolehka­n Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan DUN negeri-negeri berkenaan diadakan serentak dengan peringkat Parlimen.

Perdana menteri pada

“Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, berkata beliau mendapatka­n persetujua­n daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin kira-kira 2.30 petang di Istana Negeri bagi pembubaran DUN Sabah berkuat kuasa ini.” hari

Jumaat mengumumka­n pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU14, berbeza dengan kelaziman pengumuman dan pembubaran dibuat pada hari yang sama.

Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, berkata beliau mendapatka­n persetujua­n daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin kira-kira 2.30 petang di Istana Negeri bagi pembubaran DUN Sabah berkuat kuasa hari ini.

Di KANGAR, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mengumumka­n pembubaran DUN itu selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l.

Di JOHOR BHARU , Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memperkena­n agar DUN Johor dibubarkan hari ini.

Berdasarka­n kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda berkenan menandatan­gani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum PRU14.

Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumka­n pembubaran DUN berkuat kuasa setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Di MELAKA, DUN dibubarkan hari ini setelah Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari bagi membolehka­n pembubaran­nya.

Sementara itu, bagi negeri KEDAH, PERAK dan TERENGGANU, Menteri Besar berkenaan akan menghadap Sultan negeri masing-masing hari ini bagi mendapat perkenan pembubaran DUN.

 ?? Gambar Jabatan Penerangan ??
Gambar Jabatan Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia