Utusan Borneo (Sabah)

Bubar DUN: Lim jumpa TYT minggu depan

-

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau akan bertemu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara minggu depan untuk mendapatka­n persetujua­n pembubaran dewan undangan negeri (DUN) Pulau Pinang.

Beliau berkata sebelum pertemuan itu, satu mesyuarat exco akan diadakan dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

“Kami akan ikut proses biasa, kami perlu adakan satu mesyuarat exco dulu sebelum menghadap istana mutiara (Seri Mutiara)... itu yang saya boleh sebut hari ini (Jumaat). Kami akan maklumkan semua maklumat terperinci bila mesyuarat exco akan diadakan dan bila kami akan pohon hari pembubaran DUN,” katanya.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Taman Poket Tepi Laut di sini pada Jumaat, Lim berkata mesyuarat exco itu tidak akan dibuat pada minggu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumka­n pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 dan menasihatk­an ketua-ketua kerajaan negeri mendapatka­n perkenan pembubaran DUN supaya pilihan raya dapat diselaras secara serentak di seluruh negara.

Tarikh akhir mandat DUN Pulau Pinang ialah pada 28 Jun. Pulau Pinang diperintah pakatan harapan sejak 2008 dan pada pilihan raya umum lepas DAP menang 19 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR (10), PAS (satu) dan Barisan Nasional (10). Bagi kerusi Parlimen, DAP menguasai tujuh kerusi, PKR (tiga) dan BN (tiga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia