Utusan Borneo (Sabah)

Penjual burger lega tempoh penjara dikurangka­n

-

KOTA KINABALU: Seorang penjual burger dapat menarik nafas lega, apabila tempoh pemenjaraa­nnya dikurangka­n kepada lima tahun, atas kesalahan melakukan rompak bersenjata.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Mohd Khairol Kamis, 28, selepas rayuannya terhadap hukuman dibenarkan.

Bagaimanap­un, Nurchaya mengekalka­n hukuman sebat terhadap perayu yang tidak diwakili peguam.

Pada 12 Oktober tahun lalu, Mahkamah Sesyen mengenakan penjara 12 tahun dan satu sebat terhadap perayu, selepas mengaku bersalah.

Hakim mahkamah rendah memerintah­kan perayu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Mohd Khairol mengacukan sebilah samurai terhadap pemban tupengurus cawangan yang berusia 26 tahun, lalu merampas sekotak rokok.

Kesalahan dilakukan pada 3 Oktober tahun lalu jam 8.30 malam, di kedai 99 Speed Mart, Taman Limauan Kinarut, daerah Papar.

Perayu disabitkan mengikut Seksyen392 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama, penjara maksimum 14 tahun dan denda, atau sebatan.

Terdahulu, perayu mengatakan ketika kejadian berada dalam keadaan mabuk, di samping tidak berfikir dengan waras.

“Saya memang mahu merompak, ketika masuk ke dalam kedai itu, saya mengenali pekerja-pekerja di sana, mereka orang kampung saya juga.

“Lalu saya membuka topeng dan merampas sekotak rokok,” katanya dan menambah, sebelum ini bekerja sebagai penjual buger, namun tidak dipercayai penduduk kampung.

Mohd Khairol juga menyatakan kejadian berkenaan berlaku, selepas enam bulan keluar dari Pusat Serenti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia