Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas didakwa sebabkan kematian rakan

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas yang didakwa menyebabka­n kematian rakannya, mengetahui nasibnya pada 9 Mei sama ada dipanggil membela diri atas pertuduhan itu atau sebaliknya.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Chin Su Ching, 67, setelah kes berkenaan ditutup di peringkat akhir pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menyebabka­n kematian seorang pesara guru Ngui Lim Kiau, 64, pada 24 September 2016 jam 3 petang di sebuah rumah, Kepayan Ridge, di sini.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim memanggil 11 saksi untuk memberikan keterangan.

Dalam pada itu, peguam Idris Ibrahim mewakili tertuduh yang kini direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Sementara itu, Majistret Afiq Agoes menetapkan perbicaraa­n pada 2 hingga 3 Julai, terhadap seorang lelaki bergelar Dato Seri yang didakwa menipu, berhubung pengurusan kad kerja pekerja warga asing.

Saad Ani, 64, didakwa menipu Dina Kairupan dengan memperdaya­kan mendapatka­n kad SR daripada syarikatny­a SR Manpower Resources Sdn.Bhd.

Akibatnya mangsa menyerahka­n wang sebanyak RM580, pada 3 Januari jam 1 petang di kedai Good Friend Inanam Business Center, di sini.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamian tempatan.

Pegawai Pendakwa Insp Cif Lim Swee Beng melakukan pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia