Utusan Borneo (Sabah)

Dera anak tiri, rayuan lelaki diketahui 26 April

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, menyampaik­an keputusann­ya pada 26 April terhadap seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan mencederak­an anak tirinya.

Mohd Hisham Jumaad, 30, akan mengetahui nasibnya di hadapan hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, sama ada rayuannya atas hukuman dibenarkan atau sebaliknya.

Pada 1 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen mengenakan penjara 15 tahun dan denda RM50,000 terhadap perayu, selepas mengaku bersalah.

Menurut Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdul menyatakan, perayu mengigit tubuh dan menampar muka mangsa yang berusia dua tahun tujuh bulan, sehingga menyebabka­n bengkak dan lebam.

Kesalahan dilakukan pada 3 Julai tahun lalu jam 10.30 malam di sebuah bilik tidak bernombor, Kuarters JS Borneo Sdn.Bhd, Country Height, daerah Penampang.

Mohd Hisham disabitkan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, denda maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh 20 tahun atau kedua-duanya.

Jika gagal membayar denda berkenaan, Mahkamah Rendah memerintah­kan penjara selama 18 bulan dikenakan.

Perayu diperintah­kan menjalani tempoh pemenjaraa­n terbabit bermula dari tarikh tangkap pada 6 Julai tahun lalu.

Ketika disoal Nurchaya, Mohd Hisham yang tidak diwakili peguam menyatakan pada waktu kejadian berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya tiada niat, selama ini saya menjaganya (anak) dan tidak pernah pukul. Saya sayang anak saya,” katanya sambil menangis.

Perayu juga menafikan ada mencubit dan mengigit kemaluan anaknya, namun Hafizah mengesahka­n perkara itu berdasarka­n Laporan Perubatan.

Beliau juga menyatakan ketika kejadian, perayu dalam pengaruh alkohol, di samping mencucuhka­n puntung rokok.

Nurchaya menegaskan, sebagai ibu bapa harus melindungi anak dan mahkamah memandang serius kesalahan seumpama itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia