Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMK Rancha-Rancha perlu menjadi luar biasa

-

LABUAN: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan diketuai oleh Pengarahny­a Raisin Saidin bersama-bersama ketua-ketua sektor telah turun padang sekali lagi ke sekolah bagi melihat sendiri perkembang­an dan suasana persekolah­an di wilayah ini.

Pada kali ini, SMK RanchaRanc­ha telah dipilih sebagai destinasi sekolah yang dilawati dan rombongan jabatan berpeluang menghadiri Perhimpuna­n Mingguan sekolah tersebut.

Dalam ucapan alu-aluannya Pengetua SMK RanchaRanc­ha Omar Baki Matusin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada kontinjen olahraga SMK RanchaRanc­ha ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Wilayah Persekutua­n Labuan kerana berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan dengan mendapat empat pingat emas, tiga perak, dua gangsa dan memecahkan satu rekod kejohanan.

Dalam pada itu Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin menuntut dan mendoakan agar semua calon yang mengambil peperiksaa­n SPM 2018 menguasai serta mencapai lulus 100 peratus.

Jadilah anak-anak yang sentiasa aktif, bukan menjadi pelajar biasa-biasa tetapi sentiasa berusaha dan bertekad menjadi pelajar yang luar biasa agar dapat menghasilk­an kejayaan yang luar biasa.

Raisin juga mengharapk­an pelajar-pelajar SMK RanchaRanc­ha sentiasa hadir penuh 100 peratus ke sekolah dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlan­gan demi kehidupan pada masa hadapan.

Secara keseluruha­nnya, Perhimpuna­n Mingguan berjalan dengan lancar dan aktiviti perhimpuna­n dikelolaka­n sendiri oleh pelajar-pelajar SMK RanchaRanc­ha.

Turut Hadir, semua Penolong Kanan, ketua-ketua bidang dan guru-guru SMK Rancha-Rancha.

 ??  ?? RAISIN dan Omar Baki bersama warga SMK Rancha-Rancha pada Majlis Perhimpuna­n Sekolah, baru-baru ini.
RAISIN dan Omar Baki bersama warga SMK Rancha-Rancha pada Majlis Perhimpuna­n Sekolah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia