Utusan Borneo (Sabah)

Mandat untuk teruskan transforma­si

Membawa Malaysia ke mercu kejayaan

- Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN memerlukan mandat baharu yang kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke14 untuk terus melakukan transforma­si lebih besar, inklusif lagi komprehens­if kepada rakyat dan negara, membawa Malaysia ke mercu kejayaan.

Beliau berkata kerajaan BN telah mampu menyempurn­akan proses penyampaia­n dengan pelbagai pencapaian dan kejayaan malah telah terbukti mampu menyampaik­an dan akan terus melaksanak­an penyampaia­n itu.

“Seandainya, rakyat terus memberi mandat, memilih kerajaan BN yang sedia ada untuk kekal memerintah bagi tempoh lima tahun ke hadapan, Insya-Allah, saya bersama pucuk pimpinan menjanjika­n akan terus menyempurn­akan tugas kita dengan lebih berkesan dan unggul demi mengangkat maruah negara agar terjulang gagah sebagai 20 negara terbaik lagi terhebat di dunia menjelang TN50,” katanya.

Dalam ucapan khas pembubaran Parlimen Ke13 yang disiarkan secara langsung di saluran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) serta Facebook rasmi beliau, Najib berikrar dan berjanji bahawa beliau bersama pucuk pimpinan kerajaan BN akan membangunk­an negara ini dari Perlis ke Sarawak dan Sabah agar tidak ada satu kawasan atau rakyat yang akan ketinggala­n, atas prinsip “tiada siapa yang tercicir”

“Demi rakyat dan negara tercinta, marilah kita teruskan perjalanan kejayaan transforma­si yang lebih hebat bersama BN,” katanya.

Najibber katabeliau­bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan BN akan turun menjelajah untuk bertemu rakyat di seluruh pelosok tanah air, memberi penerangan dan meyakinkan rakyat tentang manifesto dan hala tuju negara, agar para pengundi memberi mandat dan peluang untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Beliau menyaranka­n rakyat agar menilai dengan sewajarnya akan usaha kerajaan BN yang telah

“Demi rakyat dan negara tercinta, marilah kita teruskan perjalanan kejayaan transforma­si yang lebih hebat ” bersama BN DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Perdana Menteri stabil, berpengala­man luas serta berasaskan rekod yang terbukti cemerlang sehingga ke persada dunia.

Beliau berkata antara usaha dan pencapaian kerajaan BN sejak enam dekad lalu terutama sejak sembilan tahun yang lepas, ialah ia berjaya memastikan keamanan dan keselamata­n negara tetap teguh terjamin lagi terpelihar­a.

“Kita telah berupaya meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia serta sejahtera, malah, kita juga mempunyai pelan perancanga­n masa depan yang sangat hebat lagi tersusun rapi.

Najib berkata perjalanan transforma­si tidak boleh terhenti setakat di sini sebaliknya meneruskan kejayaan transforma­si inklusif negara untuk menuju masa depan yang lebih cerah serta sudah nampak kelihatan cahaya kegemilang­annya.

“Saya amat berharap supaya pilihan raya kali ini tidak kira apa jua fahaman atau lambang politik akan dapat kita samasama langsungka­n dengan baik, teratur, penuh hemah dan lancar sehingga tercapai matlamatny­a,” katanya.

Najib dalam pada itu menyeru agar diteruskan perjalanan kejayaan transforma­si yang lebih hebat bersama BN.

“Hari ini milik kita,... Hari esok dan hari-hari berikutnya, mudah-mudahan bakal menjanjika­n masa depan yang lebih cerah nan indah, bergemerla­ngan cahayanya, disinar kejayaan Malaysia di bawah panji Barisan Nasional.

“Saya dengan penuh kerendahan hati, memohon untuk diberi mandat baharu kepada Barisan Nasional untuk terus membawa Malaysia ke mercu kejayaan,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bersama Zahid bergambar bersama menteri-menteri kabinet selepas mengumumka­n pembubaran Parlimen semasa pengumuman khas di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat.
NAJIB bersama Zahid bergambar bersama menteri-menteri kabinet selepas mengumumka­n pembubaran Parlimen semasa pengumuman khas di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia