Utusan Borneo (Sabah)

Komposisi Dewan Rakyat semasa pembubaran

-

KUALA LUMPUR: Perkembang­an landskap politik negara susulan tindakan anggota keluar parti, pembentuka­n parti politik baharu dan pilihan raya kecil membawa perubahan terhadap komposisi Dewan Rakyat berbanding selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU13, BN menang 133 kerusi Parlimen, DAP (38), PKR (30) dan Pas (21).

Semasa Parlimen dibubarkan esok, keanggotaa­n Dewan Rakyat terdiri daripada 132 wakil BN, DAP (36), PKR (28), Pas (13), Parti Amanah Negara (Amanah) (tujuh), Parti Warisan Sabah (Warisan) (dua), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing satu serta Bebas (dua).

Perubahan kerusi BN berlaku apabila calon BN Datuk Seri Mah Siew Keong daripada Gerakan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Telok Intan yang sebelum itu disandang DAP.

Ini diikuti tindakan pemecatan Anggota Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno dan Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar Umno.

Ekoran perubahan itu, jumlah kerusi BN berubah kepada 132.

Perubahan ini membawa kepada penubuhan PPBM yang diwakili Muhyiddin.

Pada Khamis (5 April), Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (Ros) mengeluark­an perintah pembubaran sementara PPBM dan memberi tempoh 30 hari untuk parti itu melengkapk­an butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.

Shafie pula membentuk Warisan, yang turut dianggotai Anggota Parlimen Penampang Ignatius Dorell Leiking daripada PKR yang keluar parti.

Perpecahan berlaku dalam kalangan pakatan pembangkan­g yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat dianggotai DAP, PKR dan Pas menyebabka­n ia terkubur pada Jun 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia