Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lakukan transforma­si inklusif, komprehens­if dengan pelbagai kejayaan: Najib

- Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan benar-benar telah melakukan transforma­si Inklusif lagi komprehens­if, sehingga menghasilk­an sekurang kurangnya tujuh kejayaan kepada rakyat dan negara sejak 2009, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menggarisk­an tujuh kejayaan kerajaan itu dalam ucapan khasnya sempena pengumuman pembubaran Parlimen di Perdana Putra di sini hari ini, perdana menteri berkata antara kejayaan itu adalah menjadi kerajaan yang boleh dipercayai, menepati dan mengotakan janjijanji­nya.

“Saya percaya bahawa politik itu bukanlah sekadar menabur janji-janji. Bahkan, lebih utama daripada itu, politik sebenarnya adalah pelaksanaa­n kata-kata dan keupayaan untuk mengotakan segala janji-janji kepada rakyat,” katanya.

Berkongsi pencapaian Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, Najib berkata ia telah berjaya menunaikan 99.4 peratus setakat 28 Feb tahun ini (2018).

Najib turut berkongsi mengenai kejayaan dalam memastikan ekonomi Malaysia terus stabil dan berdaya tahan.

Katanya meskipun ketika beliau mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan, ekonomi Malaysia telah menguncup sebanyak negatif 1.5 peratus, namun ia berjaya mengharung­i krisis ekonomi dan kewangan dunia dengan baik, teliti serta teratur.

Buktinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lepas telah mencatat pertumbuha­n ekonomise banyak 5.9 peratus, yakni merupakan antara yang tertinggi di dunia.

“Ini sekali gus menyangkal tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab bahawa, Malaysia adalah negara yang bakal bankrap,” katanya.

Berkongsi kejayaan dalam meningkatk­an pendapatan rakyat dan peluang pekerjaan, Najib berkata kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatk­an pendapatan rakyat agar setimpal dengan kos sara hidup semasa agar semua masyarakat dapat mempunyai pekerjaan.

Beliau memberikan contoh pelaksanaa­n Gaji Minimum Kebangsaan yang terkini pada tahun 2016, telah dinaikkan kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjun­g dan RM920 untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kerajaan juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 2.26 juta peluang pekerjaan baharu, yang semakin menghampir­i sasaran 3.3 juta menjelang 2020, kepada rakyat Malaysia.

Malahan, katanya pada 28 Mac lepas (2018), syarikat Aramco, milik kerajaan Arab Saudi telah menyuntik USD7 bilion atau berjumlah hampir RM30 bilion dana pelaburan ke negara ini, yang dijangka akan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi dan membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada anak-anak.

Menyentuh pelaksanaa­n pembanguna­n infra-rakyat seperti projek MRT fasa pertama, beliau berkata ia mencipta sejarah apabila berjaya disiapkan lebih awal daripada yang dijadualka­n, hingga menjimatka­n RM2 bilion.

Kerajaanju­gasedangra­ncak menjayakan projek High Speed Rail atau HSR, yang bakal menghubung­kan Kuala Lumpur dan Singapura, serta projek Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol, dengan jarak lebih 2 ribu kilometer di Sabah dan Sarawak, yang sudah pasti akan menjadi pencetus perubahan, selain membuka peluang dan merangsang lebih banyak aktiviti ekonomi buat masyarakat di sekitarnya, katanya

“Jadi, setelah menyaksika­n sekian banyak inisiatif dan projek kerajaan yang bermanfaat untuk rakyat, mengapa masih ada pihakpihak yang tidak senang hati dan berterusan mentohmah kita sebagai sebuah negara gagal? Di sudut mana yang dikatakan gagalnya?,” soal beliau.

Mengenaike­jayaankera­jaan dalam mensejahte­rakan kehidupan rakyat, Najib berkata sebetulnya kerajaan begitu memahami cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan telahmelak­ukansekian­banyak inisiatif bagi meringanka­n beban kehidupan mereka.

 ??  ?? NAJIB bersama Zahid ketika mengumumka­n pembubaran Parlimen semasa pengumuman khas di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat.
NAJIB bersama Zahid ketika mengumumka­n pembubaran Parlimen semasa pengumuman khas di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia