Utusan Borneo (Sabah)

Pacuan empat roda terbabas

Pemandu disahkan meninggal dunia

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pemandu yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Habib Sheikh, Bandar Tawau di sini, kira-kira jam 2.30 petang pada Jumaat, disahkan meninggal dunia di hospital.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata pemandu itu dikenali sebagai Michael Juin, 50, dan bekerja sebagai kakitangan Jabatan Perhutanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tawau semasa menerima rawatan,” katanya, sambil mengesahka­n kes itu melibatkan perlanggar­an empat kenderaan.

Fadil berkata kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sehingga ke pembahagij­alandanmel­anggar dua kereta sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tawau semasa menerima ” rawatan

ACP FADIL MARSUS Ketua Polis Daerah Tawau empat roda.

Menurutnya, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa ditemui sebelum dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Tawau, manakala tiga lagi pemandu masing-masing berusia 57, 27 dan 39 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bedah siasat masih lagi dijalankan (untuk mengenalpa­sti punca sebenar kematian mangsa),” katanya. Siasatan dibuka mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Salah seorang saksi, Haeruddin Mansur, 47, berkata kejadian itu disedariny­a berlaku kirakira jam 2.30 petang semasa berada di kedainya selepas terdengar bunyi dentuman kuat.

“Kami melihat sebuah kereta pacuan empat roda sudah terbabas dan melanggar kenderaan lain,” katanya, sambil mendedahka­n pemandu terbabit dilihat terbaring kaku di atas stering selepas kejadian.

 ??  ?? PEMANDU kenderaan pacuan empat roda yang secara tiba-tiba tidak sedarkan diri yang dipercayai berusia 60-an, dibawa ke hospital menerusi ambulan.
PEMANDU kenderaan pacuan empat roda yang secara tiba-tiba tidak sedarkan diri yang dipercayai berusia 60-an, dibawa ke hospital menerusi ambulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia