Utusan Borneo (Sabah)

Ulang Tahun PMT dan TF 450 sumbang 124 pain darah

-

KOTA KINABALU : Sebanyak 124 pain darah berjaya disumbangk­an pada sambutan Hari Ulang Tahun Panglima Medan Timur (PMT) dan Task Force (TF) 450 di Kem Lok Kawi, di sini pada Khamis.

Ketua Staf Markas Briged Kelima Infantri Malaysia Lt. Kol Mohamad Nizam Hj Manaf semasa merasmikan majlis berkenaan berkata sumbangan tersebut adalah tanggungja­wab membantu masyarakat di negeri ini terutama kepada golongan pesakit yang memerlukan sumbangan bekalan darah.

Katanya, bagi menyatakan hasrat sumbangan tersebut, kerjasama bersama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKKS) penting kerana ketika ini pihak hospital berkenaan amat memerlukan bekalan darah bagi penggunaan para pesakit terutama pesakit Thalassemi­a.

“Semoga dengan sumbangan ini ianya dapat membantu memenuhi keperluan darah di Hospital berkenaan dan kami akan sentiasa menjalinka­n kerjasama sebegini setiap tahun bagi menunjukka­n komitmen anggota tentera terhadap masyarakat,” ujarnya.

Mewakili Pengarah Hospital Wanita dan KanakKanak, Jabatan Patologi dan Transfusi Darah Dr.Mimi Azreen Abdullah berharap agar kerjasama ini akan terus terjalin kerana pihak hospital sering mengalami kekurangan bekalan darah terutama di bulan Ramadan.

“Setiap kali memasuki bulan Ramadan, ia menjadi kebimbanga­n dan kerisauan kami kerana sumbangan masyarakat terhadap bekalan darah adalah berkuranga­n.

Sehubungan itu, kami amat berharap pelbagai pihak sama ada anggota keselamata­n, orang awam mahupun persatuan dan swasta dapat terus menyumbang,” jelasnya ketika ditemui selepas menghadiri kempen derma darah bersempena ulang tahun berkenaan.

Turut hadir Pegawai Pemerintah Bravo Kompeni Batalion Pertama Perubatan Kapten (Dr) Attaful Uzair Arshad dan Pegawai Logistik Rejimen Ke-6 Artileri Diraja Kapten Zamree Rosdi.

 ??  ?? DR Mimi Azreen Abdullah (kiri) menerima cenderamat­a daripada Lt.Kol.Mohamad Nizam (kanan) pada sambutan berkenaan.
DR Mimi Azreen Abdullah (kiri) menerima cenderamat­a daripada Lt.Kol.Mohamad Nizam (kanan) pada sambutan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia