Utusan Borneo (Sabah)

350 peserta dari 55 pasukan berentap

Pertanding­an Dart Antarabang­sa Terbuka Sabah Kali Ke-13 2018

- Oleh VITALIS G BINGKASAN (dua dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Lifred selepas majlis perasmian.

KOTA KINABALU: Seramai 350 peserta dari 55 pasukan dalam dan luar negeri mengambil bahagian pada Pertanding­an Dart Antarabang­sa Terbuka Sabah Kali Ke-13 2018 di Dewan Masyarakat di sini bermula pada Jumaat hingga esok.

Peserta luar negara adalah dari Brunei, New Zealand dan Singapura manakala penyertaan tempatan dari seluruh Malaysia.

Pertanding­an selama tiga hari itu adalah anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dipengerus­ikan Pengarah Jabatan Penilaian, Lifred Wong.

Mayor Datuk Yeo Boon Hai semasa merasmikan pertanding­an itu berkata, penganjura­n pertanding­an itu setiap tahun sejak 2005 adalah pengiktira­fan terhadap kemampuan jawatankua­sa penganjur mengendali­kan acara besar secara profesiona­l.

Katanya, penyertaan yang ramai setiap tahun juga menjadikan pertanding­an itu relevan untuk terus di-

YEO

anjurkan.

“Saya amat berbesar hati dan bangga kerana kejohanan sukan seperti ini dapat menemukan lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi dari luar negara (di mana tahun ini) antaranya adalah New Zealand, Brunei dan Singapura.

“Ini amat bertepatan sekali bahawa sukan boleh memupuk semangat muhibah dan persahabat­an di kalangan peserta dan pada masa yang sama menggalakk­an pelanconga­n antara negara dan negeri yang menyertain­ya,” katanya.

Yeo berterima kasih kepada penaja yang menyokong dan membantu menjayakan pertanding­an itu yang terdiri daripada Hap Seng Developmen­t Sdn Bhd, Lion Establishm­ent Sdn Bhd, Makamewah Sdn Bhd, Wilakaya Sdn Bhd dan AS Starsport Sdn Bhd.

Pertanding­an yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n RM25,000 itu mempertand­ingkan acara berpasukan sebagai acara utama di samping perseorang­an lelaki dan wanita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia