Utusan Borneo (Sabah)

SK Kolombong muncul juara baharu

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kemenangan 8-1 ke atas juara bertahan SK Bukit Padang menjulang SK Kolombong selaku juara baharu Pertanding­an Bola Jaring Sukan Lima Penjuru di Borneo Sports Arena (BSA) Kolombong barubaru ini.

Kejayaan SK Kolombong itu turut dimeriahka­n dengan pengumuman salah seorang pemainnya, Puan Rashida Borhani selaku pemenang anugerah Penjaring Terbanyak.

Rashida mencatat 24 jaringan sepanjang pertanding­an.

Jurulatih SK Kolombong, Puan Zainab Sataeh berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha dan komitmen semua anggota pasukan memperuntu­kkan masa berlatih di sebalik kekangan masa kerana komitmen tugasan harian.

Pertanding­an bola jaring itu melibatkan SK Kolombong, SBT Sri Gaya, SK Tanjung Aru 1, SK Bukit Padang dan Madrasah AlMubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Pasukan dibarisi pemain yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan bukan akademik dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Pertanding­an itu adalah salah satu aktiviti sempena Hari Guru 2018 dengan objektif utamanya untuk mewujudkan permuafaka­tan strategik bagi berkongsi pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman di kalangan peserta.

Sukan lain yang turut dipertandi­ngkan sepanjang April hingga awal Mei adalah futsal, bola tampar, boling dan badminton.

Pertanding­an turut disaksikan Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru dan ibubapa sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

 ??  ?? SK Kolombong juara baharu Pertanding­an Bola Jaring Sukan Lima Penjuru.
SK Kolombong juara baharu Pertanding­an Bola Jaring Sukan Lima Penjuru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia