Utusan Borneo (Sabah)

FM Nelson Villanueva juara pertanding­an catur

-

KOTA MARUDU: FM Nelson Villanueva dari Filipina dinobatkan sebagai juara pertanding­an Catur Sekolah Menengah (SM) Kota Marudu Chess Open Internatio­nal Rapid 2018.

Beliau berjaya membawa balik hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil, pingat serta piala juara.

Tempat kedua disandang oleh Abdul Sahim Wising yang membawa pulang wang tunai RM700, pingat dan juga sijil manakalah tempat ketiga dimenangi oleh Faizal Andin yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, pingat dan juga sijil.

Kejohanan catur itu berlangsun­g di SMK Kota Marudu sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas sekolah itu pada tahun ini.

Seramai 120 peserta menyertai kejohanan ini yang berasal dari Sabah, Kelantan, dan penyertaan dari negara Filipina.

Kejohanan berlangsun­g selama dua hari dan bermain dalam sembilan pusingan dengan kawalan masa 25 minit +10 saat. Dalam ucapan perasmian Penolong Pegawai Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mastan Gagah berkata, kerjasama di antara sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah serPendidi­kan ta Jabatan Negeri perlu mempunyai saling kaitan agar setiap aktiviti dapat dicana dan diperakui oleh jabatan berkenaan.

“Saya mencadangk­an agar kejohanan ini dapat dijadikan acara tahunan bagi SMK Kota Marudu di bawah pentadbira­n Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu agar mengetenga­hkan lagi sukan catur di persada antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? FM NELSON juara pertanding­an Catur SM Kota Marudu Chess Open Internatio­nal Rapid 2018. JUARA Kategori 18 Tahun Lelaki,Datu Mohd Wafi Irfan menerima hadiah.
FM NELSON juara pertanding­an Catur SM Kota Marudu Chess Open Internatio­nal Rapid 2018. JUARA Kategori 18 Tahun Lelaki,Datu Mohd Wafi Irfan menerima hadiah.
 ??  ??
 ??  ?? SUASANA pertanding­an.
SUASANA pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia