Utusan Borneo (Sabah)

Permulaan kurang baik tidak patah semangat skuad hoki lelaki

-

PERMULAAN kurang baik pada Sukan Komanwel 2018, dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan bertemu England tidak mematahkan semangat skuad hoki lelaki negara bagi merebut tiga mata menentang Wales, hari ini.

Skuad bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen bagaimanap­un gagal mencipta kejutan dan terpaksa akur dengan kekalahan 7-0 ke atas pasukan ketujuh dunia itu di Gold Coast Hockey Stadium, pagi Jumaat.

Kapten pasukan Sukri Mutalib selepas perlawanan mengakui pasukan Malaysia banyak melakukan kesilapan sehingga membolehka­n pihak lawan mencuri mata.

“Kita bermula dengan tidak baik. Banyak kesilapan yang berjaya dihukum oleh pasukan lawan yang ternyata lebih baik dari kita. Mereka pasukan yang sangat baik dari segi scoring goal (penyudah) dan kita membenarka­n mereka menjaringk­an gol dengan mudah.

“Tidakdapat dinafikan itu adalah kesilapan kita sendiri. Macam mana pun, saya harap pemain tidak putus semangat dan bangkit untuk aksi seterusnya menentang Wales, kutip tiga mata pertama itu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prestasi Jumaat, Sukri menolak kemungkina­n kekalahan hari ini adalah disebabkan faktor cuaca, sebaliknya berkata ia adalah disebabkan sikap pemain itu sendiri yang sering melakukan kesilapan mudah.

Sementara itu Stephen, bagaimanap­un memuji barisan pertahanan negara kerana telah berjaya untuk menidakkan enam pukulan sudut penalti oleh pasukan England.

“Secara keseluruha­n ia bukan permulaan yang baik untuk kami, bagaimanap­un kami berjaya mengimbang­i perlawanan pada suku pertama, namun minitminit terakhir mereka menjaringk­an gol.

“Saya lega kerana tiada pemain yang mengalami kecederaan dan pertemuan dengan Wales sangat penting untuk kami mencari kemenangan kerana dua lagi perlawanan bertemu Pakistan dan India bukan perlawanan yang mudah,” katanya.

Stephen berkata mereka akan cuba memperbaik­i setiap kekurangan hari ini supaya tidak berulang pada pertemuan menentang Wales.

Malaysia yang ditempatka­n dalam Kumpulan B bersama pasukan India, Pakistan dan Wales meletakkan sasaran untuk mara ke separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia