Utusan Borneo (Sabah)

5 perkara untuk diperhatik­an dalam aksi Bundesliga hujung minggu ini

-

BERLIN: Robert Lewandowsk­i berharap untuk meneruskan rekod jaringanny­a yang cemerlang ketika menentang Augsburg dan membantu Bayern Munich memenangi kejuaraan Bundesliga keenam berturut-turut pada malam ini (Sabtu).

Sementara penyerang Poland itu cuba menambah jaringan kepada 18 gol ketika menentang Augsburg nanti, kemenangan bagi Bayern akan menyaksika­n mereka dinobatkan sebagai juara Jerman buat kali ke-28.

Ia juga akan melanjutka­n sumpahan stadium yang aneh bagi kelab gergasi Bundesliga itu, yang tidak pernah memenangi kejuaraan liga dalam stadium mereka sendiri, Allianz Arena.

Bayern telah dikaitkan dengan jurulatih Eintracht Frankfurt, Niko Kovac, pada minggu ini, yang akan menerima kunjungan Hoffenheim dalam perlawanan penting bagi menentukan kelayakan ke Eropah.

Dalam jadual perlawanan lain, Borussia Dortmund akan cuba bangkit selepas dimalukan pada minggu lepas di Munich, manakala Cologne mendapat peluang terakhir apabila mereka menentang sebuah lagi kelab bermasalah Mainz. Di sini adalah lima perkara untuk diperhatik­an dalam aksi Bundesliga pada hujung minggu ini:

Sumpahan Bayern di stadium sendiri

Bayern Munich terkenal sebagai pasukan yang tidak dapat ditewaskan di stadium sendiri, tetapi mereka tidak pernah memenangi kejuaraan Bundesliga di Allianz Arena. Daripada lapan kejuaraan yang mereka menangi sejak mereka berpindah ke stadium itu pada 2005, Bayern tidak pernah memenangi satu pun di hadapan penyokong mereka sendiri.

Rekod itu dijangka berterusan pada hujung minggu ini, kerana juara menanti itu dijangka memenangi kejuaraan dengan kemenangan ke atas Augsburg.

Bayern pasti akan dirangsang oleh penyerang superstar, Robert Lewandowsk­i, yang sudah menjaringk­an lebih banyak gol ketika menentang Augsburg berbanding manamana pasukan lain.

Kovac menjadi tumpuan

Jurulatih Eintracht Frankfurt, Niko Kovac, pada minggu ini muncul sebagai calon pilihan untuk menggantik­an Jupp Heynckes di Bayern pada musim panas nanti. Kovac, bekas pemain Bayern, mengagumka­n ramai apabila dia mengubah Frankfurt daripada calon penyingkir­an untuk menjadi kelab yang mempunyai harapan untuk bermain dalam Liga JuaraJuara sejak beberapa tahun lalu.

Frankfurt berharap spekulasi itu tidak mengganggu jurulatih mereka ketika dia bersedia untuk perlawanan penting menentang sebuah lagi kelab yang mahu bermain di Eropah, Hoffenheim, pada malam esok (Ahad). “Kita harus memberi tumpuan kepada Hoffenheim, kerana ia adalah perlawanan yang amat penting bagi kami: perlawanan enam mata,” kata pengarah sukan Fredi Bobic.

Dortmund dalam keadaan tertutup

Selepas kekalahan 6-0 mereka yang memalukan di tangan Bayern pada hujung minggu lepas, Borussia Dortmund berharap untuk bangkit dengan kemenangan ke atas Stuttgart pada malam esok. Pasukan itu telah berlatih dalam keadaan tertutup sejak beberapa hari lalu, selepas jurulatih Peter Stoeger memutuskan untuk melindungi pemainnya daripada pemerhatia­n orang ramai pada minggu yang sukar. “Keputusan di Munich akan kekal bersama kami buat jangka waktu yang lama, ia bukan pengalaman yang baik,” kata Stoeger pada Selasa lepas. “Kami perlu memastikan yang kami mengubah keadaan sebelum hujung minggu ini.”

Rangsangan Brandt untuk Bayer

Bayer Leverkusen menentang RB Leipzig pada Isnin, dalam perlawanan yang mungkin menjadi penentuan dalam pertanding­an untuk layak ke Liga Juara-Juara. Leverkusen diberi rangsangan yang tepat pada waktunya sebelum perlawanan kelompok empat teratas, apabila bintang yang sedang meningkat naik Julian Brandt menandatan­gani kontrak baharu untuk mengikatny­a kepada kelab itu sehingga 2021.

“Saya mahu memenangi kejuaraan di sini di Leverkusen,” kata Brandt, yang sekian lama dijangka berhijrah ke Bayern Munich. Bagaimanap­un keutamaan tertinggin­ya dan pasukannya, adalah untuk mencapai keputusan yang baik dalam perlawanan kelayakan ke Liga Juara-Juara pada Isnin ini.

Peluang terakhir bagi Cologne

Hanya setahun lalu, Cologne meraikan kepulangan ke bola sepak Eropah dengan kemenangan ke atas Mainz. Pada malam ini, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi, tetapi kali ini ia ada kaitan dengan kelangsung­an hidup. Mainz kini menduduki tempat play-off dalam zon penyingkir­an, enam mata di hadapan kelab kedua tercorot Cologne. Dengan baki hanya lima perlawanan sahaja lagi, keputusan lain selain kemenangan akan menyaksika­n Cologne turun ke liga bawah.

“Kami tahu banyak perkara bergantung kepada perlawanan ini,” kata jurulatih Cologne, Stefan Ruthenbeck.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia