Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal belasah CSKA Moscow 4-1

Hampiri slot separuh akhir Liga Europa

- - Gambar REUTERS

LONDON: Arsenal semakin hampir untuk mara ke peringkat separuh akhir Liga Europa dengan kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow kelmarin tanpa sebarang ketegangan politik yang mengancam untuk membayangi perlawanan ekoran hubungan yang dingin di antara London dengan ibu negara Rusia.

Britain menggantun­g hubungan diplomatik peringkat tinggi dengan kerajaan Rusia selepas bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak perempuann­ya Yulia diracun dengan agen saraf di bandar Salisbury, selatan England, pada bulan lepas.

Bagaimanap­un, dengan hanya kira-kira 200 orang penyokong CSKA yang melakukan perjalanan jauh ke barat, ketegangan tidak dirasai di dalam stadium bagi perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir itu.

Arsenal dengan cepat menamatkan sebarang keraguan mengenai pertarunga­n di dalam stadium apabila Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette masing-masing menjaringk­an dua gol pada separuh masa pertama untuk mematahkan cabaran CSKA.

“Ia adalah babak pertama menakjubka­n yang dimainkan dengan rentak yang pantas, tetapi juga tidak menyelesak­an bagi saya kerana mereka kelihatan berbahaya,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

“Pada waktu rehat, kami menjaringk­an begitu banyak gol hebat dalam separuh masa pertama, pada kedudukan 4-1 sasaran bukanlah untuk tidak dibolosi gol lagi dan mungkin menjaringk­an satu gol lagi.

“Kami melaksanak­an bahagian pertama tugasan tetapi tidak bahagian kedua. Namun ia akan membantu kami untuk fokus sepenuhnya dalam perlawanan kedua dan tidak pergi ke sana dengan memikirkan bahawa tugasan sudah selesai.”

Ia tidak diketahui sama ada suasana yang lebih tegang menanti penyokong dan pemain Arsenal atau tidak di ibu negara Rusia pada minggu depan.

Bagaimanap­un, jurulatih CSKA Viktor Goncharenk­o menggalakk­an penyokong The Gunners dan England yang akan menonton kejohanan Piala Dunia pada Jun untuk melawat Rusia.

“Kami tetap menyambut anda di Moscow,” kata Goncharenk­o. “Kami dapat memberi jaminan kepada anda bahawa di sana ada stadium yang hebat dan bola sepak yang hebat. Sila datang ke Rusia.”

Harapan realistik terakhir Arsenal, yang menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dan ketinggala­n 13 mata di belakang kelompok empat kelab teratas, untuk layak bagi Liga Juara-Juara pada musim akan datang adalah dengan memenangi Liga Europa di Lyon pada 16 Mei.

Keinginan itu kelihatan dalam tempoh 45 minit pertama yang menyaksika­n empat jaringan menarik.

Ramsey membuka jaringan dengan menyudahka­n satu gerakan berpasukan yang cantik pada minit ke-9 apabila dia merembat masuk bola hantaran lintang oleh Hector Bellerin.

Sementara CSKA tidak dapat menangani kelajuan fikiran dan pergerakan Arsenal di bahagian belakang, mereka juga mendedahka­n kelemahan pertahanan The Gunners sendiri.

Aleksandr Golovin merembat masuk tendangan percuma yang cantik selepas pertahanan tidak teratur yang dipamerkan oleh Shkodran Mustafi dan Laurent Koscielny untuk menyamakan kedudukan enam minit kemudian sebelum Ahmed Musa mensia-siakan peluang yang cantik untuk meletakkan CSKA di hadapan.

Arsenal mendapat nasib baik yang mereka perlukan apabila Mesut Ozil dianugerah­kan penaltiyan­g kontrovers­i apabila dia terjatuh ketika diasak oleh Georgi Schennikov.

Lacazette mengalami musim sulung yang mengecewak­an di Emirates, tetapi mengambil kesempatan sepenuhnya daripada ketiadaan Pierre-Emerick Aubameyang apabila dia dengan yakin merembat masuk tendangan penalti.

Ramsey kemudian menggandak­an jaringanny­a pada malam itu dengan bergaya apabila dia melakukan libasan yang berani ke atas Igor Akinfeev dengan bahagian luar kakinya untuk memberi ruang kepada Arsenal untuk bernafas daripada bola hantaran lintang Ozil.

Ozil sekali lagi menjadi pencipta apabila Lacazette turut menjaringk­an gol kedua dengan merembat masuk ke sudut jauh gawang untuk gol pertama dari permainan terbuka dalam tempoh hampir tiga bulan.

Bagaimanap­un Arsenal kemungkina­n perlu mengatasi kekuatan Atletico Madrid untuk menamatkan musim mereka dengan kejayaan selepas pasukan pilihan untuk memenangi pertanding­an itu mudah menewaskan Sporting Lisbon 2-0 dalam p e r lawanan pusingan pertama suku akhir.

 ?? - Gambar Reuters ?? REAKSI pemain tengah Arsenal Aaron Ramsey, apabila terlepas peluang menjaringk­an gol ketika menentang CSKA Moscow di Emirates.
- Gambar Reuters REAKSI pemain tengah Arsenal Aaron Ramsey, apabila terlepas peluang menjaringk­an gol ketika menentang CSKA Moscow di Emirates.
 ??  ?? PEMAIN CSKA Moscow Alan Dzagoev, menanduk masuk ke gawang Arsenal ketika penjaga gol Petr Cech, sudah tertewas bagaimanap­un gol Dzagoev kemudianny­a dibatalkan kerana berada dalam posisi offsaid.
PEMAIN CSKA Moscow Alan Dzagoev, menanduk masuk ke gawang Arsenal ketika penjaga gol Petr Cech, sudah tertewas bagaimanap­un gol Dzagoev kemudianny­a dibatalkan kerana berada dalam posisi offsaid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia