Utusan Borneo (Sabah)

Pamer kreativiti melalui lukisan saranan Masidi kepada anak muda, bina daya fikir

Saranan Masidi kepada anak muda, bina daya fikir

-

KOTA KINABALU: Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menyaranka­n anak-anak muda pada hari ini supaya memanfaatk­an bidang seni lukisan sebagai platform mempamerka­n kreativiti masing-masing.

Beliau percaya melalui seni lukisan, anak-anak muda dapat membina daya fikir dan kreativiti masing-masing.

“Pameran lukisan sebegini mampu melahirkan ekspresi visual secara bebas dan kreatif. Malah, ia turut melibatkan pelukis dari pelbagai peringkat umur dari usia empat tahun hingga dewasa.

“Kreativiti akan lahir sekiranya kita bebas untuk pamerkan apa yang terkandung dalam isi hati kita ke dalam lukisan.

“Usaha Sekolah Seni Asgardian ini akan membantu anak-anak kita berfikir secara bebas dan kreatif sekaligus membantu mereka untuk berdikari,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran ‘MukaSelf Potrait’ anjuran Sekolah Seni Asgardian, di sini pada Jumaat.

Pameran lukisan berasaskan potrait wajah itu akan berlangsun­g selama sebulan (April) di Balai Seni Lukis Sabah.

Masidi berkata, jika dilihat dalam sistem pendidikan sedia ada, ia akan melahirkan seseorang yang hanya mampu menzahirka­n sesuatu melalui pilihan yang ditentukan tanpa memerlukan kreativiti.

Sebanyak 42 karya seni lukisan yang dipamerkan sepanjang Pameran Muka termasuk 16 karya yang dihasilkan oleh pelajar dari Hong Kong Pure Art Center serta satu karya dari Persatuan Komunikasi Visual (VCA).

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengasas Sekolah Seni Asgardian Ethan Lo dan Presiden VCA Noah Lee.

Pameran lukisan sebegini mampu melahirkan ekspresi visual secara bebas dan kreatif. Malah, ia turut melibatkan pelukis dari pelbagai peringkat umur dari usia empat tahun hingga dewasa.

DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ??
 ??  ?? ETHAN (kanan) menyampaik­an cenderamat­a berbentuk lukisan potrait kepada Masidi semasa perasmian pameran berkenaan.
ETHAN (kanan) menyampaik­an cenderamat­a berbentuk lukisan potrait kepada Masidi semasa perasmian pameran berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia