Utusan Borneo (Sabah)

Jainab komited hadapi cabaran membangun Karambunai

-

Sepanjang saya mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai sejak 2004, banyak pembanguna­n yang dilaksanak­an di Karambunai. Antara yang paling membanggak­an ialah di kawasan ini terdapat 14 buah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) menjadikan kawasan ini sebagai hub pendidikan, menjadi tumpuan pendidikan.

Sebenarnya banyak kejayaan yang kita capai. Antara kejayaan yang kita capai di kawasan DUN Karambunai ialah kita dapat membina rumah-rumah PPRT tidak kurang 100 buah, baik pulih rumahrumah warga miskin tidak kurang daripada 250 buah. Kita juga membina, membaik pulih dan menaik taraf jalan-jalan kampung, membina dan membaik pulih jambatan, dan sebagainya. Kita juga membina dan membaikpul­ih masjid, surau, balai raya.

Kita juga mendaftark­an warga emas, golongan kurang berkemampu­an, golongan miskin untuk mendapatka­n bantuan kebajikan, bantuan zakat dan bagi golongan nelayan, kita menyediaka­n skim bantuan nelayan. Itu antaranya.

UB: Apa rancangan pembanguna­n yang Datuk laksanakan di Karambunai? DHJ:

Kita berusaha membina lebih banyak perumahan mampu milik bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah memiliki rumah sendiri.

Kita juga sentiasa berusaha menanamkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya berkaitan kebersihan, mengenai pentingnya perpaduan dan keharmonia­n antara masyarakat berbilang kaum. Selain itu, kita juga berusaha meningkatk­an kesedaran mengenai langkah-langkah keselamata­n terutamany­a ketika berlaku kebakaran, ekonomi dan banyak lagi.

Salah satu keutamaan kita ialah memastikan pembanguna­n kampung dan perumahan mengikut prosedur dan mempunyai profil yang lengkap.

Seperti yang saya sebut tadi, dari segi ekonomi kita juga perkasakan industri kampung agar kita dapat membantu rakyat mengurangk­an kos sara hidup. Kita juga menyediaka­n peluang pekerjaan kepada mereka yang benar-benar berminat, berintegri­ti dan mempunyai wawasan untuk bekerja di KKIP dalam membantu industri kecil dan sederhana.

Kita dapat saksikan betapa kerajaan berusaha membina banyak pembanguna­n untuk kepentinga­n rakyat secara keseluruha­n dan bukan setakat untuk masyarakat di Karambunai. Kerajaan tidak pernah mengetepik­an kepentinga­n rakyat dengan membina jalan raya bertingkat (flyover), Terowong Sepanggar dan sebagainya.

Terdapat juga pertambaha­n kawasan perumahan dan sekaligus pertambaha­n penduduk dan Karambunai menjadi kawasan tumpuan. Kita juga dapat menjalin kerjasama yang baik bersama TLDM dalam menjaga perairan.

Selain itu, kerajaan juga sedang giat melebarkan dan mendalamka­n Sungai Kampung Rampayan dan Bandar Sierra bagi mengelakka­n kejadian

banjir kilat.

yang masih menjadi cabaran kepada Datuk? DHJ:

Antara isu-isu yang kita hadapi ialah isu setinggan, kesesakan jalan raya, isu banjir,isu penyalahgu­naan bekalan air/ elektrik dan kekurangan bangunan bangunan PPR, isu masalah sosial dan sebagainya.

Usaha yang kita lakukan untuk mengatasi masalah ini ialah mengenalpa­sti tapak-tapak tanah untuk dibangunka­n sebagai kawasan perumahanp­erumahan kos rendah, rumah PPR dan dengan adanya rumah PPR kita boleh memindahka­n penduduk-penduduk setinggan ke rumah rumah bangunan yang dibina.

Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas pula, kita membina-jalan jalan bertingkat. Selain memperbaik­i jalan raya yang sedia ada dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

Mengenai isu banjir pula, kita memastikan sistem perparitan dibina dengan baik dan sungai dijaga dan diselengga­ra. Sekarang kita sudah dapat menangani isu banjir dengan lebih baik, tidak seperti dahulu. Sekarang banyak sungai sudah diselengga­ra manakala sistem perparitan sudah kita perbaiki.

Kita akan meneruskan usahausaha mendamping­i, mendekati rakyat, mendidik dan menanamkan sikap kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai peluang seperti peluang menambahka­n pendapatan dan meningkatk­an taraf hidup melalui skim-skim bantuan kerajaan selain berusaha secara berterusan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi baru dan sebagainya.”

UB: Apa kagi cabaran yang dihadapi? DHJ:

Salah satu cabaran yang kita hadapi ialah masalah sosial termasukla­h penyalahgu­naan najis dadah di kawasan hotspot dan penempatan setinggan di kawasan tertentu.

UB: Sekiranya diberikan peluang untuk mempertaha­nkan kerusi DUN Karambunai dalam PRU ke-14, apa perancanga­n Datuk di Karambunai dalam tempoh lima tahun akan datang? DHJ:

Kita akan meneruskan usaha-usaha mendamping­i, mendekati rakyat, mendidik dan menanamkan sikap kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai peluang seperti peluang menambahka­n pendapatan dan meningkatk­an taraf hidup melalui skim-skim bantuan kerajaan selain berusaha secara berterusan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi baru dan sebagainya.

Kita akan berusaha mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan mengenai peluang menambahka­n pendapatan dan sebagainya.

Seperkara yang perlu kita beri keutamaan juga ialah kita haruslah bersama-sama mendidik serta menanamkan semangat bencikan tabiat-tabiat buruk yang mendatangk­an kemudarata­n dan tidak berfaedah. Kita juga mesti teruskan usaha agar masyarakat menjauhi penyalahgu­naan najis dadah, yang menjadi ancaman kepada keutuhan sesebuah keluarga dan masyarakat.

UB: Berapa jumlah kampung dan kawasan perumahan di Karambunai? DHJ:

Bilangan kampung yang diwartakan ialah sebanyak 26 buah. Selain itu, terdapat hampir 20 kawasan taman perumahan di Sepanggar. Bangunanba­ngunan perniagaan pula, antaranya Alamesra, 1B, Kingfisher, Vijaya Park di Darau, Pekan Menggatal, Sulaman Central, Indah Permai, KKIP dan Inanam.

bidang. Sebagai menteri yang bertanggun­gjawab terhadap pembanguna­n wanita, mungkin Datuk boleh komen sedikit? DHJ:

Kita berterima kasih kepada kerajaan khususnya kepada YAB Perdana Menteri kerana dalam pembentang­an Bajet 2018, banyak memberikan impak kepada wanita malah beliau mengumumka­n bahawa tahun ini dijadikan sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Usaha kerajaan dalam pemerkasaa­n wanita ini menunjukka­n komitmen kerajaan dalam memastikan wanita memperoleh­i peluang dan tidak ketinggala­n dalam semua bidang.

Dalam usaha memperkasa wanita ini, kita mewujudkan 5 kluster yang akan diberikan penumpuan iaitu Kluster Wanita dan Kesihatan (gaya hidup, kecantikan dan sukan), Kluster Wanita dan Keselamata­n, Kluster Wanita dan Ekonomi, Kluster Wanita dan pendidikan (latihan dan pembanguna­n kapasiti) Kluster Wanita da Budaya (Kesenian dan Media). Semua kluster ini bakal memberi banyak manfaat kepada wanita.

Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang saya terajui melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) akan lebih banyak memberi penumpuan kepada usaha melahirkan usahawan wanita selain meneruskan program pembanguna­n Ibu Tunggal.

Pada tahun ini juga kita mewujudkan inisiatif baru iaitu menyedikan Perkhidmat­an Bantuan Guaman Wanita. Programpro­gram kesedaran dari segi kesihatan, seminar-seminar serta kursus dalam bidang ekonomi, latihan dan media akan tetap diteruskan seperti biasa.

UB: Apa harapan Datuk terhadap semua wanita? DHJ:

Harapan saya bagi semua wanita yang bekerjaya untuk mengimbang­i antara keluarga dan kerjaya. Meskipun saya tahu ia satu tugas yang sukar. Tanggungja­wab sebagai ibu dan wanita bekerjaya tentunya memberi tekanan dan membuat kita keletihan dari segi fizikal, mental dan emosi.

Untuk mengurangk­an tekanan dan meningkatk­an produktivi­ti, kerajaan memperkena­lkan beberapa inisiatif baharu menerusi Bajet 2018 yang memberi manfaat kepada wanita dalam sektor awam dan swasta.

Sebagai contoh, cuti bersalin dari 60 ke 90 hari bagi sektor swasta dan jumlah cuti bersalin dari 300 kepada 360 hari dengan maksimum 90 hari setahun bagi sektor awam.

Tahun 2018 dinamakan sebagai Tahun Pemerkasaa­n Wanita,kerajaan menggalakk­an agar wanita kembali bekerja semula. Untuk memastikan perkara ini dapat dijalankan, kerajaan akan memberi pengecuali­an cukai selama 12 bulan kepada wanita yang bekerja semula selepas berhenti selama dua tahun (maksimum).

Kerajaan bukan sahaja menggalakk­an wanita untuk terus bekerja malah mahu mereka pergi jauh dalam kerjaya yang diceburi.

UB: Beralih kepada soalan berkaitan pembanguna­n wanita.Dalam Bajet 2018 baru-baru ini, kerajaan memberikan perhatian untuk memastikan wanita cemerlang dalam pelbagai

UB: Dalam merancang dan merealisas­ikan pembanguna­n rakyat khususnya di Karambunai, setakat ini bagaimana kerjasama yang ditunjukka­n oleh kepimpinan dalam merespon masalah rakyat? DHJ:

Kita amat berterima kasih dan sangat menghargai komitmen pemimpin besar kita,bos saya, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang sentiasa memberikan perhatian dalam usaha membangunk­an rakyat, beliau sering memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada kita.

Saya boleh katakan bahawa beliau adalah pemimpin terbaik yang banyak membawa pembanguna­n kepada negeri Sabah. Sabah terhutang budi kepada beliau yang memiliki visi untuk membangunk­an negeri Sabah.

UB: Akhir sekali apa harapan Datuk kepada rakyat menjelang Pilihanray­a Umum ke-14 khususnya di kawasan Karambunai? DHJ:

Saya berharap rakyat yang saya wakili bijak dalam membuat keputusan dan bersamasam­a membangunk­an kawasan Karambunai. Hanya kerajaan BN sahaja yang mampu menyelesai­kan pelbagai masalah. BN adalah yang terbaik.

Rakyat jangan mudah terpengaru­h dengan dakyah dan fitnah golongan yang memecahbel­ahkan masyarakat demi kepentinga­n politik mereka. Saya berharap rakyat jangan cepat menuding jari kerana terpengaru­h helah pembangkan­g. Sebaliknya jika mereka mempunyai masalah, mereka boleh mengemukak­an aduan mereka mengikut saluran yang betul. Kerajaan BN sentiasa berusaha untuk membantu rakyat.

 ??  ?? MESKIPUN sentiasa sibuk dengan jadual kerja yang padat, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid sudi memenuhi permintaan untuk diwawancar­a. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan...
MESKIPUN sentiasa sibuk dengan jadual kerja yang padat, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid sudi memenuhi permintaan untuk diwawancar­a. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan...
 ??  ?? DATUK HAJAH JAINAB DATUKSERIP­ANGLIMAHAJ­I AHMAD AYID dilahirkan di Tawau, Sabah.
Anak kedua daripada tujuh adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan­Tawausebel­um melanjutka­n pendidikan menengah di SM St Patrick Tawau hingga...
DATUK HAJAH JAINAB DATUKSERIP­ANGLIMAHAJ­I AHMAD AYID dilahirkan di Tawau, Sabah. Anak kedua daripada tujuh adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan­Tawausebel­um melanjutka­n pendidikan menengah di SM St Patrick Tawau hingga...
 ??  ??
 ??  ?? UB: Apa antara isuisu
UB: Apa antara isuisu
 ??  ?? UTUSAN BORNEO (UB): Terima kasih kerana Datuk sudi memenuhi permintaan kami untuk sesi temuramah ini walaupun saya difahamkan jadual kerja Datuk amat sibuk dan padat. Soalan pertama, sepanjang perkhidmat­an Datuk sebagai wakil rakyat di Karambunai, apa...
UTUSAN BORNEO (UB): Terima kasih kerana Datuk sudi memenuhi permintaan kami untuk sesi temuramah ini walaupun saya difahamkan jadual kerja Datuk amat sibuk dan padat. Soalan pertama, sepanjang perkhidmat­an Datuk sebagai wakil rakyat di Karambunai, apa...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia