Utusan Borneo (Sabah)

Institusi mendukung usaha k’jaan

Madius yakin bahasa ibunda tidak lagi berisiko pupus

- Oleh HENRY BATING MADIUS bersama sebahagian peserta seminar.

TUARAN: Bahasa Kadazandus­un tidak lagi berisiko pupus di dalam arus pemodenan masa kini kerana sudah wujud institusi yang bekerjasam­a dan bertanggun­gjawab dalam memulihara dan memelihara bahasa itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta beserta badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil inisiatif bersama memekarkan penggunaan bahasa Kadazandus­un.

“Pelbagai program telah dijalankan berjaya mendukung usaha kerajaan untuk memperbany­akkan lagi pengetenga­han hasil kajian yang dapat dijadikan bahan rujukan pembelajar­an dan pelestaria­n bahasa Kadazandus­un, ”kataMadius yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Kebangsaan Bahasa, Budaya Dan Sastera Masyarakat Kadazan Dusun di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent, di sini 27 Mac lalu.

Majlis penutupan seminar itu pula telah dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan­dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun yang juga Exco Pendidikan Sabah hari yang sama.

Seminar itu merupakan yang pertama seumpamany­a dianjur kanbersama IPGKent Tuaran dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

Jurucakap penganjur Linah Bagu berkata, seminar itu telah mengambil tema ‘Mengkaji Bahasa Melestari Budaya’ yang buat kali

MASIDI dialu-alukan ke majlis perasmian penutupan.

“Pelbagai program telah dijalankan berjaya mendukung usaha kerajaan untuk memperbany­akkan lagi pengetenga­han hasil kajian yang dapat dijadikan bahan rujukan pembelajar­an dan ” pelestaria­n bahasa Kadazandus­un. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

pertama diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

Seminar ini telah dijalankan sepanjang sehari 27 Mac bermula 7.30 pagi sehingga 11.00 malam.

“Tujuan utama pelaksanaa­n seminar ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan dapatan kajian dalam pengajaran dan pembelajar­an bahasa, pelestaria­n budayadan sastera masyarakat Kadazan Dusun di samping menyebarlu­as penemuan serta dapatan kajian dalam bidang bahasa, budaya dan sastera masyarakat itu,” katanya.

Beliau menegaskan, kesedaran tentang pentingnya warisan masyarakat Kadazan Dusun ini dikaji, dipelihara dan dilestarik­an sebagai satu khazanah berharga khususnya kepada generasi muda di Malaysia telah mencetuska­n idea untuk merancang seterusnya melaksana kanaktivit­i seminar khusus berkaitan dengan penyelidik­an dalam bidang pengajaran dan pembelajar­an bahasa, pelestaria­n budaya serta sastera warisan masyarakat Kadazan Dusun di Malaysia.

Seminar ini juga turut melibatkan rakan-rakan pintar berkaitan iaitu UMS, UiTM Cawangan Sabah, JPNS, PDIS, KDCA, USDA, KLF, KSS, Persatuan Suang Lotud dan SIDMA College.

Menurut Linah, penganjura­n seminar tersebut bukan sahaja dapat mempertemu­kan para pengkaji dan penyelidik bahasa, budaya dan sastera warisan masyarakat Kadazan Dusun Malaysia, malah dapat mengumpul dan seterusnya menerbitka­n satu kompilasi hasil pembentang­an dalam bentuk buku ataupun eprosiding yang boleh dikongsi oleh khalayak umum dan masyarakat antarabang­sa.

Seminar tersebut telah disertai oleh lebih 160 orang guru Bahasa Kadazandus­un di sekolah seluruh Sabah, 50 pelajar pengajian bahasa Kadazandus­un IPG Kampus Kent, Tuaran dan 40 orang peserta luar yang mewakili persatuan-persatuan dan organisasi rakan pintar seperti UMS, UiTM Cawangan Sabah, JPNS, PDIS, KDCA, USDA, KLF, KSS, Persatuan Suang Lotud dan SIDMA College.

Seramai 34 pemakalah telah membentang­kan kertas kerja yang meliputi aspek bahasa, sejarah, budaya dan sastera masyarakat Kadazan Dusun melalui empat tempat pembentang­an selari.

Turut hadir Pengarah IPG Kampus Kent Romli Darus dan Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI Prof. Dr. Mahzan Arshad.

Dua pembentang turut menyampaik­an ucaptama terdiri daripada Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI dan Datuk Dr. Haji Janathan Kandok Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS).

Linah Bagu selaku Pengerusi dan Penyelaras Seminar menyatakan rasa terharu, gembira dan bangga kerana seminar yang julung kalinya diadakan itu berjaya mendapat sambutan dan sokongan pelbagai pihak.

Sementara Romli Darus berharap agar seminar seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dengan lebik baik dan berimpak tinggi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia