Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran lambakan berita palsu

-

KUALA LUMPUR: Kehadiran portal berita didorong dengan taburan maklumat tidak sahih di media sosial menyebabka­n berlakunya lambakan berita-berita palsu dan kontrovers­i.

Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Syed Agil Alsagoff berkata ia memberi kesan kepada rakyat, industri penyampaia­n maklumat dan media arus perdana.

“Saya lihat, ini menimbulka­n keresahan dalam kalangan media arus perdana dan juga rakyat kerana ia membawa implikasi propaganda negatif kepada industri penyampaia­n maklumat. Ini sekali gus menjadikan portal-portal ini sangat popular dan mengurangk­an keyakinan rakyat terhadap peranan media arus perdana,” katanya.

Syed Agil turut percaya kewujudan sumber yang tidak sahih ini juga secara tidak langsung boleh mempengaru­hi sikap, pemikiran dan perlakuan masyarakat untuk meyakini beritaberi­ta yang mengakibat­kan berkembang­nya sentimen sentimen tidak sihat.

Justeru, katanya, mediamedia arus perdana menjadi mangsa kurangnya keyakinan masyarakat terhadap dunia pemberitaa­n beretika yang selama ini telah pun diamalkan.

Beliau diminta mengulas cabaran kepada pengamal media dalam mendepani persaingan baharu sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2018 yang akan disambut buat julung kalinya pada 11 April ini.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ahmad Farami Abdul Karim pula berkata berdasarka­n pemerhatia­nnya, persekitar­an industri maklumat berkaitan pemberitaa­n kini didominasi media digital dengan pelbagai platform dan kandungan.

“Lihatlah kepada kandungan maklumat dan berita di media sosial yang mana pengamal media perlu bersaing untuk siapa hantar dulu, maklumat apa yang dikeluarka­n yang akan mencabar profesonal­isme dan etika kewartawan­an pengamal media.

“Pembacakin­ia kanmudah dan cepat menafsir sesuatu berita tanpa mengetahui sama ada kandungan itu benar mahupun tepat hingga wujudnya salah tafsir dan berita palsu.

“Pembaca juga kini dilihat mahu berita itu lebih kepada sesuatu yang menarik perhatian mereka, pendek, maklumat tidak terlalu panjang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jelas Ahmad Farami, apabila pengamal media tidak lagi dijadikan pilihan utama berbanding sumber lain yang diragui kewujudan dan kesahihann­ya, maka maklumat yang tidak tepat didorong dengan sentimen dan emosi akan lebih diutamakan berbanding kebenaran.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Adnan Hussein berkata pembuktian mengenai sesuatu maklumat dan berita itu akan menjamin masa depan pengamal media dalam berdepan cabaran ketidakten­tuan maklumat ketika ini.

“Pembuktian itu penting kerana apa yang kita laporkan itu bukan khabar angin atau sampaikan sebahagian maklumat dan sorokkan sebahagian lagi. Kita sampaikan apa yang benar, elak berita palsu.

“Ini berbeza dengan pendapat kerana semua orang boleh bagi pendapat tapi kena fakta. Wartawan pula akan terus dianggap mereka yang boleh dipercayai melalui pembuktian seperti rakaman dan video,” katanya.

Penolong Pengarang Berita Kosmo! Mohd Turmadzi Madun berkata antara cabaran utama ialah ada kalangan netizen kelihatan berlumbalu­mba menjadi ‘wartawan’ kononnya hendak menjadi orang pertama melaporkan walaupun bahan itu sekadar berdasarka­n khabar angin.

Pengarang Berita Agenda Daily.com, Ayatullah Helme Mohd Hanafi pula berpendapa­t cabaran media hari ini adalah kecepatan dan ketepatan kerana apabila berita plasu sudah berjalan separuh dunia, barulah kebenaran itu muncul namun sudah terlalu lambat kerana tanggapan dan persepsi masyarakat sudah berubah mengenai kebenaran.

“Media arus perdana tidak boleh ambil daripada sumber yang tidak sahih. Ini akan memberi kesan. Berbeza dengan portal, jika mereka membuat silap, hanya perlu membuat pembetulan dan tiada siapa peduli. Bayangkan jika media arus perdana yang membuat kesilapan?” katanya.

Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Mohd Fazli Zainul Abidin berkata industri media hari ini semakin mencabar terutamany­a media cetak yang melihat penyusutan jualan yang dikira kronik apabila wujudnya media sosial dan Facebook.

“Keadaanini­mem buatkan masyarakat memilih media digital dan sosial yang percuma. Media sosial yang disebarkan mereka yang tidak bertanggun­gjawab berisiko tinggi dan elemen sensitif tidak diambil kira kerana tidak melalui tapisan-tapisan etika kewartawan­an.

“Apa yang kita lihat kini, maklumatme­nerusimedi­um ini cepat ditular walaupun kesahihann­ya belum pasti. Masyarakat lebih percaya berita yang pantas, bukan sahih,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual hadir pada Hari Wartawan Nasional 2018 yang bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di ibu negara pada 11 April. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia