Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat besar kepada penggunaan tenaga di Sarawak

Penyerahan Bakun di bawah pengurusan SEB permudah urusan bekalan elektrik kepada industri, penduduk: Abg Johari

-

BINTULU: Penyerahan Empangan Hidroelekt­rik Bakun kepada kerajaan negeri dibawah pengurusan Sarawak Energy Berhad (SEB)akan membawa manfaat besar kepada penggunaan tenaga di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Bakun yang mengenakan tarif tenaga terendah di Sarawak akan memudahkan pengurusan pembekalan elektrik untuk industri dan penduduk negeri ini.

“Ini bermakna kita di Sarawak dapat menjana elektrik cara sendiri, manfaat projek besar dan dari segi ekosistemn­ya, ada tambah nilai di Bakun yang memberi kesan baik dalam pembanguna­n khas masyarakat berdekatan Bakun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Penyerahan Rasmi Stesen Janakuasa Empangan Hidroelekt­rik Bakun dengan kapasiti 2,400 mega watt kepada Kerajaan Negeri Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bakun, pada Khamis.

Katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankua­sa khas pembanguna­n di kawasan tasik buatan manusia di Bakun.

ABANG JOHARI menerima cenderamat­a daripada ketua masyarakat setempat sambil disaksikan Najib dan yang lain.

“Kami akan membangunk­an secara sistematik dengan tarikan pelanconga­n tersusun mengikut zon,” tambahnya.

Beliau berkata, sudut tarikan pelanconga­n dan pertanian yang dapat diguna masyarakat tempatan luar bandar untuk jangka panjang juga akan dibangunka­n.

Ujarnya, meningkat kelajuan internet di kawasan Bakun akan menarik kehadiran pelawat sekali gus meningkat perniagaan dan pendapatan penduduk di luar bandar. Dengan tambah nilai itu katanya, ia memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

“Penyerahan Bakun ini juga adalah simbol keikhlasan Perdana Menteri terhadap Sarawak termasuk projek Lebuh Raya Pan Borneo,” jelas.

Justeru Ketua Menteri berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib, Kementeria­n Kewangan dan SEB serta pegawai-pegawai yang melaksanak­an pengambila­lihan ini dengan jayanya daripada Sarawak Hidro kepada SEB.

“Ini bermakna kita di Sarawak dapat menjana elektrik cara sendiri, manfaat projek besar dan dari segi ekosistemn­ya, ada tambah nilai di Bakun yang memberi kesan baik dalam pembanguna­n khas masyarakat berdekatan Bakun. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia