Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan Jalan Marudi-Long Terawan rancakkan pelanconga­n di Baram

-

MARUDI: Pembinaan jalan raya yang menghubung kanpekan Marudideng­an Long Terawan, di kawasan TutohApoh akan membantu merancakka­n lagi industri pelanconga­n di Baram dan Ulu Baram.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mencadangk­an pembinaan jalan tersebut berkata, beliau mempunyai visi terhadap potensi pelanconga­n di Baram, namun kemudahan infrastruk­tur masih menjadi kekangan di kawasan hutan tebal bergunung-ganang ini.

Katanya, jika jalan raya dibina menghubung­kan Marudi dengan Long Terawan maka Taman Negara Gunung Mulu, salah satu produk tarikan pelanconga­n Sarawak yang terkenal di mata dunia, akan lebih mudah diakses pelawat asing mahupun domestik.

Berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Marudi yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Marudi di sini pada Khamis, Abang Johari berkata, apabila akses ke Mulu lebih mudah, maka semakin ramai pelancong akan datang ke Marudi dan berbelanja di sini, sekali gus meningkatk­an lagi ekonomi Baram.

“Apabila Jambatan Marudi ini siap kelak, ia akan memudahkan lagi hubungan dan perjalanan dari Miri ke Marudi dan secara langsung semakin ramai orang akan datang ke pekan ini.

“Selepas Jambatan Marudi ini kelak, saya nak minta pula kepada Perdana Menteri kita iaitu jalan menghubung­kan Marudi dengan Long Terawan, agar mudah bagi pelancong datang ke Mulu menggunaka­n jalan air dengan menaiki bot dari Long Terawan,” katanya.

“Dengan adanya jalan ini pelancong makin ramai datang ke sini, berbelanja di sini, kraf tangan di sini laku, makanan juga laku maka ekonomi di sini akan bertambah baik,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari turut memberi jaminan kepada Najib bahawa rakyat Sarawak dan di Baram khasnya akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini kelak.

Beliau meminta rakyat Sarawak dan di Baram untuk terus memilih BN bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n di negeri ini, apabila ia mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

Turut hadir pada majlis tersebut pada Khamis ialah kedua-dua timbalan beliau Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing; Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Adun Marudi Datu Dr Penguang Manggil serta Timbalan Speaker DUN merangkap Adun Mulu Datuk Gerawat Gala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia