Utusan Borneo (Sabah)

Limbang berpotensi dibangun pusat pengeluara­n durian

-

LIMBANG: Daerah Limbang berpotensi dimajukan sebagai pusat pengeluara­n durian, termasuk Musang King atau gelaran sebenarnya Raja Kunyit yang mendapat permintaan tinggi di negara China.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Limbang mempunyai 45,000 batang pokok durian matang berdasarka­n kajian keseluruha­n hasil bancian yang dijalankan.

“Kerajaan memberi tumpuan terhadap pendekatan memulihara pokok durian dengan melaksanak­an projek perintis termasuk di Limbang.

“Untuk itu kita sudah mengenal pasti 6,000 daripada 45,000 batang pokok durian untuk dipulihara,” katanya pada lawatan kerja ke kebun durian di Ukong dan cili merah di Kampung Palas, pada Khamis.

Turut sama wakil Pegawai Pertanian Bahagian Alex Ding.

Dr Abdul Rahman yang juga Adun Bukit Kota berkata, projek perintis tersebut akan melibatkan lima petani terpilih.

“Setiap petani disediakan tanah satu hektar dan peruntukan pulihara RM5,000 untuk membeli baja dan bantuan teknikal,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, Limbang dan Lawas serta kawasan lain di Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar utama buah durian khususnya varieti Musang King.

Kerajaan negeri menurutnya, melalui Syarikat Top Fruits (Sarawak) Sdn. Bhd. berjaya mengekspor­t buat pertama kali 16 tan pes durian beku ke Guangdong, China, ketika musim durian di Kuching baru-baru ini.

Beliauberk­ata ,Limbangdan Lawas yang terkenal dengan buah duriannya juga mampu mengeluark­an Musang King untuk dipasarkan di luar negara.

Hasrat tersebut katanya, sejajar dengan saranan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mahu menjadikan Sarawak sebagai hab hasil pertanian menggunaka­n cara baharu.

Bagi pengusaha Musang King di Limbang, Louis Lu Zen Kun, 26, lebih 800 anak pokok Musang King diusahakan di kebunnya melibatkan tanah seluas lebih 60 ekar di Kampung Ukong, Medamit.

Jelasnya, menyedari pasaran Musang King yang mendapat permintaan tinggi di China, mereka sekeluarga memulakan perniagaan menanam pokok durian tersebut sejak 2015 dengan modal sendiri mencecah RM1 juta.

Selain Loius, seorang bekas pelajar jurusan jurutera universiti tempatan Gregory Gumbang, 29, sanggup berhenti kerja dalam bidang perhotelan kerana minat mendalam dalam bidang pertanian.

Beliau mengusahak­an tanaman fertigasi cili merah jenis ‘Sakata’ di Kampung Palas di bawah sistem struktur pelindung hujan awal tahun ini.

Bagi tujuan itu, beliau membelanja­kan sekitar RM70,000 bagi kos keseluruha­n projek itu membabitka­n 360 polibeg anak cili merah.

 ??  ?? LOUIS (dua kiri) bersama Dr Abdul Rahman (empat kiri) melihat anak pokok durian yang ditanam di kebunnya di Kampung Ukong, Medamit.
LOUIS (dua kiri) bersama Dr Abdul Rahman (empat kiri) melihat anak pokok durian yang ditanam di kebunnya di Kampung Ukong, Medamit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia