Utusan Borneo (Sabah)

ECRL bantu lonjak ekonomi Malaysia

Beri kelebihan kompetitif, menarik pelaburan asing terutama China, kata Ong

-

KUALA LUMPUR: Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 688 kilometer akan menjadi antara elemen penting dalam melonjakka­n lagi ekonomi Malaysia kerana ia memberikan kelebihan kompetitif serta menarik pelaburan asing terutamany­a dari China, kata bekas menteri pengangkut­an Tan Sri Ong Tee Keat.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada Inisiatif Belt and Road (BRI) China, ECRL akan menyediaka­n peluang besar pertumbuha­n ekonomi negara terutamany­a bagi negeri-negeri pantai timur Semenanjun­g Malaysia.

“Negeri-negeri pantai timur memiliki potensi ekonomi yang besar tetapi berdepan halangan disebabkan oleh akses terhad kepada infrastruk­tur pengangkut­an, terutamany­a infrastruk­tur kereta api. Bukan sahaja ECRL diperlukan sekarang, pembanguna­n projek itu perlu dipercepat­kan disebabkan kepentinga­nnya kepada negara,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi e-mel.

Laluan kereta api itu yang dijadualka­n siap pada 2024 akan menghubung­kan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan, merentasi Pahang dan Terengganu.

Ong, yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China, berkata ECRL adalah satu idea yang benar-benar baharu yang telah dirancang sejak lama dahulu pada era 1980-an dan diteliti semula pada 1999.

“Cuba kita bayangkan, kalaulah kita dapat melaksanak­an projek ECRL ini 10 tahun yang lalu. Sepuluh tahun lalu kita tengah kaji keperluan infrastruk­tur ini disediakan tetapi atas sebabsebab tertentu, kita tak dapat buat.

“Katakan ia telah dilaksanak­an 10 tahun lalu, saya yakin sepenuhnya bahawa mungkin sekarang senario ekonomi jauh berbeza. Mungkin sekarang ini kita sudah dapat meraih keuntungan sebab Inisiatif Belt & Road ini sejak dilaksanak­an pada 2013 oleh negara China, ianya meliputi Asia Tenggara termasuk negara kita.

“Tetapi sekarang ini pun rasanya belum lagi terlambat kalau kita dapat menyegerak­an pelaksanaa­n projek ini.

“Kalau negara kita memilih melengahka­n projek ini maka saya rasa peluang-peluang keemasan, khasnya yang timbul sekarang ini dengan Inisiatif Belt & Road, akan terlepas. Maksudnya, sekarang ini adalah masa yang paling relevan sekali.

“ECRL bukan hanya relevan kepada pertumbuha­n ekonomi Malaysia tetapi juga memberikan kita kelebihan kompetitif berbanding negara lain di rantau ini kerana ia akan memendekka­n masa dan mengurangk­an kos pengangkut­an produk kita, terutamany­a ke China,” katanya.

ECRL yang dianggap sebagai pembawa perubahan, dibangunka­n dalam dua fasa dan akan mempunyai 26 stesen, terdiri daripada stesen penumpang, stesen barang dan gabungan stesen penumpang dan barang.

Hasil daripada operasi ECRL dijangka dijana daripada nisbah pengangkut­an 30 peratus penumpang dan 70 peratus barang.

Ong juga berkata ECRL akan berfungsi sebagai pemangkin bagi pertumbuha­n ekonomi yang lebih agresif bagi Kelantan, Terengganu dan Pahang dan membantu merapatkan jurang ekonomi antara negeri-negeri di pantai timur dan pantai barat Semenanjun­g Malaysia.

“ECRL juga akan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk meneroka pelbagai sektor termasuk pelanconga­n. Wilayah pantai timur memiliki banyak daya tarikan pelanconga­n. Kelantan, Terengganu dan Pahang akan dapat menarik lebih banyak pelancong kerana perjalanan akan menjadi lebih mudah dan selesa bagi mereka untuk mengunjung­i negeri-negeri ini dengan ECRL,” katanya.

Menurut perangkaan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia bagi sembilan tahun berturuttu­rut sejak 2009. Pada 2017, perdaganga­n Malaysia dengan China meningkat sebanyak 20.6 peratus kepada RM290.65 bilion.

Eksport ke China meningkat 28 peratus kepada RM126.15 bilion manakala import naik sebanyak 15.5 peratus kepada RM164.5 bilion. China juga kekal sebagai sumber import terbesar Malaysia dengan menguasai 19.6 peratus daripada bahagian jumlah import pada 2017.

Menurut CNBC, China mencatatka­n peningkata­n eksport 7.9 peratus dan kenaikan import 15.9 peratus, kedua-duanya dari segi dolar pada 2017. China merupakan negara dagangan terbesar dunia dari 2014 hingga 2015. Pada 2014, 2015 dan 2016, Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) berkembang masing-masing sebanyak 7.3 peratus, 6.9 peratus dan 6.7 peratus.

KDNK perkapita mencecah RMB53,980 (RM33,144) pada 2016. Dalam suku keempat 2017, KDNK China berkembang sebanyak 6.9 peratus dalam dua suku pertama dan 6.8 peratus dalam dua suku terakhir membawa kepada purata pertumbuha­n 6.9 peratus pada 2017. Bernama

 ??  ?? ONG TEE KEAT
ONG TEE KEAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia