Utusan Borneo (Sabah)

25 peniaga diperkasa melalui Program Kedai Kampong

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 25 peniaga runcit kecil-kecilan di Kampung Sim-Sim di sini akan diperkasa menerusi Program Kedai Kampong yang akan dilaksanak­an minggu depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, menerusi program itu, beliau akan menaja sebuah rak dan lima jenis barang untuk dijual oleh setiap peniaga runcit yang terpilih.

Antara barang yang dijual adalah meehun, mee kuning, garam, kopi dan teh. Kesemua barang ini adalah produk keluaran tempatan sama ada dari Sabah atau seluruh Malaysia.

Beliau berkata program itu bertujuan memperkasa peniaga runcit kecil-kecilan untuk menjual barangan keperluana­saspadahar­galebih berpatutan dan kepentinga­n diberi kepada barangan yang tiada GST.

Katanya, program itu secara tidak langsung mampu membantu peniaga kecil-kecilan untuk mengembang­kan lagi perniagaan mereka.

“Di samping itu, kita berharap program ini dapat membantu rakyat jelata dalam mengurangk­an kos sara hidup dengan menawarkan barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan.

“Dalam masa yang sama, kitajugame­nyokongusa­hawan tempatan dengan membantu menjual barang keluaran mereka,” katanya selepas sesi taklimat Program Kedai Kampong Bersama Peniaga Runcit di Pejabat Jobs & You di sini, Jumaat.

Menurut Raymond, penyertaan adalah terbuka kepada mana-mana syarikat, kedai atau individu dengan syarat mereka mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan SSM, milik rakyat Malaysia dan sedang mengendali­kan runcitan.

Katanya, kos bagi rak dan bekalan barang itu akan ditaja sepenuhnya bagi kali pertama dan peniaga terlibat akan menggunaka­n keuntungan diperolehi sebagai modal pusingan yang seterusnya.

Tempoh Program Kedai Kampong itu akan adalah bagi 12 bulan dan Jawatankua­sa DUN Tanjung Papat akan membuat penilaian untuk tahun kedua kepada peniaga terlibat bagi meneruskan program berkenaan.

 ??  ?? RAYMOND selepas taklimat program berkenaan di Pejabat Jobs & You Sandakan.
RAYMOND selepas taklimat program berkenaan di Pejabat Jobs & You Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia