Utusan Borneo (Sabah)

DRB-HICOM keluarkan lori Tata pertama menjelang suku ketiga

-

SHAHALAM:DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV), pengedar kenderaan komersil Tata Motor di Malaysia, dijangka mengeluark­an lori pertama menjelang suku ketiga 2018 di bawah program model pemasangan tempatan (CKD).

Ketua Pegawai Operasi DRB-HICOM untuk Pengedaran Automotif, Pertahanan, Pengeluara­n dan Kejurutera­an, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata syarikat itu yakin dapat memasangke­nderaankom­ersil Tata yang berkualiti tinggi di kompleks pemasangan di Pekan, Pahang.

“Kita belum lagi memulakan (program CKD) tetapi telah pun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan, termasuk, yang paling utama, ibu pejabat Kumpulan DRB-HICOM sendiri.

“Pada suku ketiga tahun ini, unit pertama CKD Tata akan dikeluarka­n melalui kilang kami di Pekan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran lori komersil baharu, Tata Super Ace dan dua varian Tata Ultra di Setia Alam, Jumaat.

Turut hadir ialah ketua Perniagaan Antarabang­sa (Kenderaan Komersil) Tata Motors Ltd, Rudrarup Maitra dan Pesuruhjay­a Tinggi India ke Malaysia Mridul Kumar.

DHCV telah melabur sebanyak RM10 juta dalam kilang pemasangan Tata di Pekan, dengan pengeluara­n pertama merangkumi kenderaan komersil ringan dan sederhana.

Sementara itu, Rudrarup melahirkan keyakinan bahawa separuh daripada 250 unit lori Tata Super Ace akan terjual di Malaysia pada tahun ini berdasarka­n permintaan lori perniagaan makanan.

Super Ace yang mempunyai berat satu tan, berharga RM51,202.60 (harga di atas jalan tanpa insurans dan jenis badan), adalah sebuah lori kecil yang sesuai untuk pengangkut­an antara bandar dan dalam bandar, ia digerakkan dengan enjin diesel berkuasa 1,405cc.

Ultra 814, berharga RM94,855.50 (harga di atas jalan tanpa insurans dan jenis badan), dijana oleh enjin NG 3.0 liter CRDI generasi baharu yang turut dipasang dengan transmisi termaju.

Lori Ultra 1014, yang dijual pada harga RM107,785.50 (di atas jalan tanpa insurans dan jenis badan), menawarkan putaran kerja yang lebih pantas dan bakal meningkatk­an keuntungan dalam perniagaan pengangkut­an barang, menjadikan ia sebagai aset utama dalam memindahka­n kargo merentasi jarak yang jauh. - Bernama

 ??  ?? PESURUHJAY­A Tinggi India Ke Malaysia Shri Mridul Kumar (tiga, kiri) melancarka­n tiga buah kenderaan komersial Tata baharu iaitu Tata Super Ace dan dua siri Tata Ultra iaitu Ultra 814 dan Ultra 1014 di Setia City Convention Centre Setia Alam, Jumaat.
PESURUHJAY­A Tinggi India Ke Malaysia Shri Mridul Kumar (tiga, kiri) melancarka­n tiga buah kenderaan komersial Tata baharu iaitu Tata Super Ace dan dua siri Tata Ultra iaitu Ultra 814 dan Ultra 1014 di Setia City Convention Centre Setia Alam, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia