Utusan Borneo (Sabah)

Konsert minggu kedua Gema Gegar Vaganza malam ini

-

GEMA Gegar Vaganza (GGV) musim kedua kembali bergema, membuka tirai dengan jayanya menerusi persembaha­n lagu-lagu hit nyanyian 11 bintang GGV sendiri yang telah mengukuhka­n kehadiran mereka dalam industri tanah air.

Adeep Nahar, Awi Rafael serta Heliza & Hazwani merupakan antara bintang GGV yang menyerlah pada minggu lalu.

Bekas ahli kumpulan The Fabulous Cat, Adeep Nahar, memukau penonton dengan vokal mantap beliau menyanyika­n lagu ‘Izinkanlah’ dan mendapat tepukan gemuruh serta pujian daripada juri jemputan, Datuk Ramli MS. Karakter vokal yang unik dan berbeza memberi kelebihan kepada Awi Rafael yang tampil di pentas, memetik gitar mempersemb­ahkan lagu ‘Manusia Sempurna’.

Pasangan duo Heliza & Hazwani pula memberi sebuah persembaha­n kreatif dengan menekankan mesej yang terkandung dalam lirik lagu yang disampaika­n, ‘Jom Selawat’, sebelum memulakan persembaha­n.

Pada minggu kedua ini, lagu tugasan yang diberikan kepada setiap bintang GGV tidak kurang hebatnya.

Antaranya adalah lagu yang cukup popular masa kini, ‘Surat Cinta Untuk Starla’ nyanyian Virgoun diberikan kepada kumpulan Mestica, lagu ‘Kekasih Awal & Akhir’ nyanyian Datuk Jamal Abdillah bakal dipersemba­hkan oleh kumpulan Brothers dan Fitri Haris pula buat pertama kalinya bakal membuat persembaha­n yang tidak pernah dilakukan sebelum ini menerusi lagu ‘Malaikat’ nyanyian Hazama.

Buat peminat Ukays dan XPDC, nantikan persembaha­n lagu ‘Kau Satu-Satunya’ daripada InTeam dan ‘Semangat Yang Hilang’ daripada kumpulan Rabithah. Banyak lagi lagu-lagu hebat yang menguji kemampuan bintang GGV bakal dipersemba­hkan di konsert mingguan pada malam ini (Sabtu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia