Utusan Borneo (Sabah)

Enam berentap di pentas akhir Bintang RTM 2018 malam ini di TV2

-

SELEPAS beberapa minggu bersiaran, Bintang RTM 2018 bakal sampai ke kemuncakny­a pada malam ini (7 April 2018).

Konsert gilang gemilang yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam ini akan disiarkan secara langsung di TV2.

Penganjura­n Bintang RTM membuktika­n vokal dan bakat masih dipercayai untuk menjadikan juaranya muncul sebagai penghibur versatil dalam industri muzik tanah air.

Pencarian bakat Bintang RTM 2018 bermula seawal bulan Disember 2017 yang lalu. Pentas akhir bakal menyaksika­n keupayaan enam finalis berentap untuk merebut gelaran juara.

Enam peserta tersebut terdiri daripada Ferona, Heidi, Hariz, Hafiz, Yasser dan Anna.

Peserta telah diberi tugasan yang berbeza setiap minggu berdasarka­n tema dan cabaran.

Para peserta juga diuji dengan latihan sebagai persediaan untuk menempah nama ke dalam industri.

Pada minggu akhir ini, mereka akan bersaing dalam tiga pusingan diiringi oleh Orkestra RTM yang dipimpin oleh Azman Mustapha.

Pusingan pertama mereka perlu berduet dengan vokalis daripada band terkenal Sevendays, Sakura Band, Drama Band, Projektor Band, I Am Neeta dan Ameer Sofaz menyanyika­n lagu secara battle & mash up.

Pusingan kedua finalis berpeluang untuk menyampaik­an sebuah lagu baharu yang digubah khas oleh komposer terkenal AG Coco, Manusia Putih, Hang Nadim dan Syamel.

Pusingan ketiga adalah pusingan battle, peserta lelaki dan perempuan akan menguji vokal masingmasi­ng menerusi lagu yang ditugaskan.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 berserta trofi, naib juara RM15,000 berserta trofi dan tempat ketiga RM10,000 berserta trofi.

Hadiah saguhati turut diberikan iaitu wang tunai bernilai RM1,000 berserta trofi manakala RM5,000 berserta trofi bagi pemenang kategori persembaha­n terbaik dan vokal terbaik.

Bintang RTM 2018 masih mengekalka­n penjurian berdasarka­n juri tetap.

Penonton boleh berinterak­si melalui media sosial untuk memberi sokongan seperti melalui Facebook, Twitter dan Instagram.

Penjurian diadili oleh tiga juri yang dilantik oleh pihak penerbitan RTM.

Gandingan Aqasha dan Misha Omar sebagai pengacara merupakan satu kombinasi yang julung kali digandingk­an dalam industri mendapat respon yang baik di media sosial.

Selain itu, pentas akhir malam ini juga akan diserikan dengan persembaha­n istimewa daripada artis jemputan Sufian Suhaimi, serta Dato’Awie dan Ella.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia