Utusan Borneo (Sabah)

‘Dukun’ tinggal pengalaman ngeri buat Umie Aida

-

PENGGAMBAR­AN filem ‘Dukun’ di Penjara Pudu, di sini meninggalk­an pengalaman mengerikan buat pelakon utamanya, Datin Seri Umie Aida apabila beliau hampir histeria ketika berada dalam sel tahanan.

“Ketika di bilik tahanan yang terakhir, saya cuma pandang dan persoalkan bagaimana keadaan banduan berada di bilik ini dan tiba-tiba badan saya terus menggigil dan mungkin akan histeria jika saya sendiri tidak kuatkan semangat dengan berzikir.

“Betullah orang cakap jangan leka walaupun sesaat. Jadi, saya akan memulakan dengan surah alFatihah setiap kali sebelum memulakan penggambar­an,” katanya kepada pemberita pada majlis pratonton filem di bawah arahan Dain Said di sini, kelmarin.

Umie Aida yang membawa watak Diana Dahlan, seorang dukun, mengakui banyak cabaran dilaluinya sepanjang penggambar­an filem itu 12 tahun yang lepas, antaranya terpaksa berkawan dengan ular bagi menjiwai dan memperoleh ciri-ciri yang perlu dibawa melalui wataknya.

Filem ‘Dukun’ yang ditayangka­n di seluruh negara dan Singapura mulai Khamis turut membariska­n beberapa pelakon hebat antaranya Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Sofi Jikan dan Elyana.

Filem berdurasi sejam 45 minit itu memaparkan kisah ketaksuban manusia yang begitu mendambaka­n kemewahan, kecantikan, kerakusan dalam mendapatka­n kuasa menerusi amalan syirik dan khurafat.

Pengarahny­a, Dain Said mengharapk­an tayangan filem itu dapat membuka mata masyarakat dan memberi kesedaran terhadap kecelaruan dalam hidup jika amalan khurafat dan syirik diamalkan.

Beliau turut menafikan dakwaan yang mengatakan ‘Dukun’ adalah sebuah filem diadaptasi daripada kisah benar.

“Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kontrovers­i, saya sangat berpuas hati kerana filem ini dapat ditayangka­n dan mengharapk­an ia mendapat sambutan positif daripada penonton-penonton di luar sana,” katanya.

Beliau berkata filem itu perlu ditonton di layar perak untuk mendapat kesan yang hebat daripada proses ‘re-master digital’ bagi menghasilk­an bunyi, warna dan visual yang terbaik.

Treler promosi ‘Dukun’ mula disiarkan selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 23 Mac lepas, dan filem ini pasti membangkit­kan rasa teruja terutama bagi peminat filem tempatan dan penggemar genre thriller mistik.

Pernah diharamkan untuk tayangan umum pada 2007 kerana dikatakan menyentuh sensitivit­i sesetengah pihak, akhirnya LPF memberi kelulusan kepada karya itu untuk dipertonto­nkan selepas 11 tahun ‘disimpan’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia