Utusan Borneo (Sabah)

Dua kapal Jepun di PTKK hingga Isnin

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua kapal Jepun masing-masing kapal perang jenis Destroyer JS Akizuki dan kapal selam latihan JS Michishio akan berada di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia( TLDM) Kota Kinabalu (PTKK) sehingga Isnin.

Kapten Ryoko Azuma yang mengetuai kedua-dua kapal yang dikendalik­an seramai 330 kru termasuk 35 pelatih berkata, sebelum ini mereka bertolak dari Katsuren Jepun dan singgah di Sabah sebelum meneruskan perlayaran ke Subic Filipina.

“Pelayaran ini membawa dua misi termasuk mendedahka­n pelatih baharu berkenaan pengetahua­n serta ilmu kelautan selain melatih mereka untuk mempelajar­i budaya masyarakat lain di kawasan yang dilawati untuk memperkemb­angkan lagi pengalaman serta pemikiran sepanjang latihan,” katanya.

Menurutnya, Jepun kini komited kepada startegi indopasifi­k yang terbuka berikutan kedua-dua negara iaitu Jepun dan Malaysia berkongsi ilmu kelautan yang hampir sama semasa menjalanka­n operasi di laut.

“Saya harapkan lawatan kali ini akan mewujudkan kerjasama baik antara keduadua pihak bukan sahaja antara pihak pertahanan Jepun (JMSDF) dan TLDM tetapi juga antara Malaysia dan Jepun,” katanya.

Sementara itu Penolong Ketua Staff TLDM Komander Mohd Harris Haidi berkata, pihaknya mewakili seluruh warga PTKK mengalualu­kan kedatangan kesemua kru kapal JMSDF Jepun di sini.

Katanya, beliau turut mengharapk­an agar sesi lawatan kali ini akan mengukuhka­n lagi kerjasama serta pertukaran budaya di antara dua pihak besar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia