Utusan Borneo (Sabah)

Deklarasi 1B janji warga Pendidikan Labuan capai matlamat PPPM

-

LABUAN: Deklarasi 1B (1Borneo) yang dimuafakat­kan pada 21 Februari 2018 di 1Borneo, Kota Kinabalu yang lalu oleh barisan pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan adalah sebagai janji usaha warga pendidikan Labuan bagi mencapai matlamat Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang dihasratka­n oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Deklarasi tersebut juga sebagai usaha kami menterjema­hkan Gerak Kerja Melangkah ke Hadapan yang dicetuskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan yang merupakan ringkasan kepada fokus dan gerak kerja profesiona­l mulai tahun ini,” ujar Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin pada Majlis Perhimpuna­n Guru 1Labuan 2018 di Dewan Utama, Sekolah Antarabang­sa Labuan, di sini pada Khamis.

Kata Raisin, Deklarasi 1B tersebut yang mempunyai 19 deklarasi yang menjadi halatuju warga pendidikan di Labuan ini untuk mencapai hasrat melangkah ke hadapan yang mensasarka­n Kualiti Sekolah dan Kemenjadia­n Murid yang merupakan fokus utama Jabatan tersebut.

“Antara salah satu deklarasi tersebut adalah menjadikan Jabatan Pendidikan WP Labuan berada antara lima terbaik dari kalangan 16 Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara yang mantap dari semua aspek pengurusan pendidikan,” kata Raisin lagi.

“Kami juga komited memastikan sumber-sumber pendidikan digunakan secara optimum bagi meningkatk­an kualiti pengajaran dan pembelajar­an juga merupakan salah satu deklarasi yang terkandung di dalam Deklarasi 1B,” ujarnya.

Raisin komited dengan Program Pengarah Sayang Sekolah yang dijalankan mampu memberi impak bukan sahaja tahap pencapaian keputusan peperiksaa­n dapat dipertingk­atkan malahan luahan hati warga pendidik Labuan dapat didengarin­ya melalui lawatannya ke sekolahsek­olah dengan berinterak­si sendiri dengan guru-guru dan murid-murid.

“Kerjasama yang erat juga oleh warga pendidikan Labuan dengan pemimpin-pemimpin tempatan seperti ketua-ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) juga dapat merungkap segala solusi bagi memartabat­kan pendidikan di Pulau Bebas Cukai tersebut,” tegasnya.

 ??  ?? GIMIK perasmian Deklarasi 1B yang disempurna­kan oleh Raisin (tiga dari kiri).
GIMIK perasmian Deklarasi 1B yang disempurna­kan oleh Raisin (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia