Utusan Borneo (Sabah)

Kasut tercabut rencat kayuhan Fatehah

-

BUKAN kecederaan tetapi masalah kasut pula yang menjejaska­n kayuhan pelumba negara Fatehah Mustapa dalam aksi di Sukan Komanwel 2018.

Beliau berkata masalah kasut yang dihadapiny­a ketika melakukan kayuhan pada aksi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasiny­a sehingga gagal merekodkan catatan masa lebih baik.

Fatehah yang berganding­an dengan Farina Shawati Mohd Adnan sekadar berada di tempat kelima pusingan kelayakan dengan catatan masa 34.826 saat, sekali gus gagal mara ke aksi penentuan pingat acara pecut berpasukan wanita.

“Ya, saya akui kecewa dengan keputusan hari ini kerana kasut saya tercabut daripada pedal sehingga menyebabka­n saya bergelut untuk melakukan kayuhan. Bagaimanap­un, perkara sudah terjadi dan saya perlu terima dengan hati terbuka.

“Saya tidak mahu fikir banyak mengenai perkara itu sebab mahu fokus terhadap acara seterusnya. Saya harap mampu lakukan catatan masa lebih baik dan mara ke suku akhir,” katanya ketika ditemui di Anna Meares Velodrome.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialami pada pergelanga­n tangan kirinya, atlet berasal dari Terengganu itu mengakui terpaksa melupakan kesakitan tersebut bagi memberi fokus terhadap tugasnya di trek.

“Saya akui memang sakit tetapi saya tolak ke tepi kerana mahu berikan fokus terhadap prestasi saya di sini.

“Pakar fisioterap­i juga banyak membantu saya dan semuanya berjalan lancar,” katanya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? PEMAIN hoki negara Razie Rahim dikawal ketat oleh pemain England semasa perlawanan hoki peringkat Sukan Komanwel di Gold Coast Centre pada Jumaat. Malaysia tewas dengan keputusan 7-0. -
Gambar BERNAMA PEMAIN hoki negara Razie Rahim dikawal ketat oleh pemain England semasa perlawanan hoki peringkat Sukan Komanwel di Gold Coast Centre pada Jumaat. Malaysia tewas dengan keputusan 7-0. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia