Utusan Borneo (Sabah)

EKSA tingkat dan bina imej warga HQE

-

PENGLIBATA­N dan sokongan setiap warga hospital terhadap program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang antara lain menekankan persekitar­an kerja yang bersih pasti membantu warganya berkerja dengan lebih sistematik seiring dengan penerapan imej korporat.

Timbalan Pengarah 1, Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr. Yogendran A/L Panchaling­am berkata, persekitar­an yang bersih dan kondusif bukan saja membantu warga hospital berkerja dengan selesa dan selamat malah membantu meningkatk­an imej hospital sekaligus membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Tambahnya, warga kerja hospital bukan sahaja perlu menjaga keperibadi­an serta kebersihan diri sebaliknya perlu peka terhadap kebersihan persekitar­an kerana kedua-dua faktor menpengaru­hi mutu perkhidmat­an ke arah yang lebih cemerlang.

Dr. Yogendran berkata demikian semasa melancarka­n Program Gotong Royong Perdana EKSA kali kedua 2018 bertempat di perkaranga­n lobi HQE Aras 2, pagi Jumaat.

Hampir seluruh warga HQE terdiri daripada ketuaketua jabatan, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan pengurusan daripada setiap wad dan klinik hadir menjayakan program.

Majlis pelancaran dimulai dengan sesi senamrobik diikuti penyampaia­n hadiah dan sijil Pertanding­an Stor Terbaik seterusnya bergerak memulakan gotong royong ke seluruh kawasan wad dan klinik.

Antara tumpuan program gotong royong termasukla­h sekitar Jabatan Rehabilita­si serta Unit Hemodialis­is.

Hadir sama Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Jasnawati Jasmin serta Pengerusi

 ??  ?? (gambar kiri) DR. Yogendran (kiri) menyampaik­an hadiah dan sijil Pertanding­an Stor Terbaik kepada wakil daripada unit pengurusan hospital.
(gambar kiri) DR. Yogendran (kiri) menyampaik­an hadiah dan sijil Pertanding­an Stor Terbaik kepada wakil daripada unit pengurusan hospital.
 ??  ?? BERSIH, Kemas, Selasa dan Selamat, antara kawasan tumpuan Program Gotong Royong Perdana sekitar klinik dan wad.
BERSIH, Kemas, Selasa dan Selamat, antara kawasan tumpuan Program Gotong Royong Perdana sekitar klinik dan wad.
 ??  ?? DR.Yogendran bersama warga hospital sejurus melancarka­n Program Gotong Royong Perdana EKSA tahun 2018.
DR.Yogendran bersama warga hospital sejurus melancarka­n Program Gotong Royong Perdana EKSA tahun 2018.
 ??  ?? (gambar atas) SESI Senamrobik warga hospital sebelum gotong royong perdana EKSA HQE dilaksanak­an.
(gambar atas) SESI Senamrobik warga hospital sebelum gotong royong perdana EKSA HQE dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia