Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah UMS bawa cabaran negara di Powerman Dunia

-

KOTA KINABALU: Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohamad Nizam Nazarudin akan menyertai Siri kedua Powerman Dunia Asia yang akan bermula pada hari ini (Sabtu) di Indonesia.

Kejohanan dua hari anjuran Internatio­nal Powerman Associatio­n (I.P.A) itu akan menyaksika­n Pensyarah Program Sains Sukan FPP tersebut bertanding dalam acara duathlon yang memerlukan para peserta melakukan aktiviti larian dan berbasikal.

“Saya berharap dapat meraih pencapaian yang lebih baik pada kali ini atau sekurangku­rangnya mengulangi kejayaan pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Dr. Nizam, tahun 2017 beliau memperoleh tempat ke-10 pada program yang sama di Thailand, tempat ke-6 di Indonesia dan tempat ke-7 di Putrajaya bagi acara short sprint.

“Baru-baru ini saya juga telah menyertai Powerman Putrajaya bagi kategori umur 4549 tahun dan telah mendapat tempat ke-10 untuk acara short sprint,” ujarnya sambil memaklumka­n seorang pensyarah FPP Stephanie Chok mendapat tempat ke-6 acara klasik wanita 35-39 tahun, serta Penolong Pegawai Belia dan Sukan FPP Laura Simon di tempat ke-4 short sprint wanita 25-29 tahun.

Dalam pada itu, Dekan FPP Prof. Dr. Hj. Mohd. Dahlan Hj. A. Malek berkata, pihak FPP sentiasa menggalakk­an kakitangan­nya aktif mengamalka­n gaya hidup sihat di samping dapat menaikkan nama FPP dan UMS di peringkat antarabang­sa.

“Berdasarka­n persediaan dari segi fizikal, mental, teknik dan strategi, saya percaya Dr. Nizam mampu mengharung­i cabaran dihadapi nanti.

“Saya mendoakan agar beliau mampu mengukir satu kejayaan di Indonesia nanti,” ujarnya

Untuk rekod, terdapat 16 kejohanan siri Powerman Dunia akan diadakan di Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara sepanjang tahun ini.

Mereka yang mempunyai mata tertinggi dari tiga siri akan terpilih ke peringkat akhir Kejohanan Dunia di Zofingen, Switzerlan­d pada bulan September 2018.

Selain Indonesia, Dr. Nizam juga akan menyertai empat lagi kejohanan di Thailand, China dan Filipina bagi mendapat tempat di Zofingen.

 ??  ?? (gambar kanan) DR Nizam bersama medal kemenangan di Putrajaya.
(gambar kanan) DR Nizam bersama medal kemenangan di Putrajaya.
 ??  ?? (gambar atas) DAHLAN menyerahka­n bendera kepada Dr. Nizam.
(gambar atas) DAHLAN menyerahka­n bendera kepada Dr. Nizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia