Utusan Borneo (Sabah)

Musa umum bubar DUN Sabah berkuatkua­sa hari ini

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman mengumumka­n pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuatkua­sa hari ini (7 April) bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Beliau berbuat demikian selepas mendapat perkenan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri pada petang Jumaat.

“DUN Sabah dibubarkan berkuatkua­sa 7 April 2018 (Sabtu) bagi membolehka­n PRU di sini diadakan.

“Selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) mencurahka­n khidmat bakti dan mengabdika­n diri kepada perjuangan membela nasib rakyat serta memajukan negeri Sabah yang tercinta, kini tiba masanya untuk pemimpin menyerahka­n kembali mandat kepada rakyat,” katanya dalam sidang media mengumumka­n pembubaran berkenaan yang dibuat di Sri Gaya, pada Jumaat.

Beliau berharap agar rakyat terus memberikan sokongan dan kepercayaa­n kepada BN menerusi mandat yang besar dalam PRU-14 ini demi menjamin kesinambun­gan pembanguna­n serta menjayakan hala tuju negeri bagi kesejahter­aan masa depan lebih cerah.

Katanya, beliau bersamasam­a jemaah menteri negeri inimenguca­p kanpeng hargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan agenda pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat.

“Atas segala usaha yang kita lakukan selama ini dalam menunaikan amanah dan tanggungja­wab yang telah diberikan oleh rakyat dalam PRU lalu...kita turun padang membantu rakyat di seluruh negeri.

“Kita melaksanak­an pelbagai dasar dan agenda pembanguna­n untuk kepentinga­n rakyat, sudah tentu menjadi harapan kita agar rakyat membuat pilihan secara bijak dan terbaik berdasarka­n pencapaian, kejayaan serta ‘track record’ yang membuktika­n iltizam politik tinggi oleh kerajaan BN selama ini,” katanya.

 ??  ?? MUSA (tengah) bersama menteri Kabinet lain ketika sidang media itu.
MUSA (tengah) bersama menteri Kabinet lain ketika sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia