Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan empat kru

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot bersama empat kru warga asing selepas dipercayai terbabit aktiviti bom ikan.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, kedua-dua bot ditahan kira-kira jam 11.20 hingga 11.50 malam Khamis.

Katanya, kejadian disedari apabila sepasukan anggota APMM menjalanka­n rondaan Op Khas menggunaka­n Kapal Maritim (KM) Berani mengesan dua bot dalam keadaan mencurigak­an di kawasan pantai Pulau Megalum.

“Semasa dihampiri bot suspek cuba untuk melarikan diri dan kru bot membuang bahan berwarna putih di laut bagaimanap­un tindakan pantas anggota kita berjaya menggagalk­an tindakan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati empat kru bot yang berumur 30 hingga 50 tahun itu gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri.

“Siasatan lanjut di dalam keduadua bot turut menemui serbuk berwarna putih yang dipercayai racun jenis cynide manakala bahan yang dibuang di dalam laut adalah bahan letupan untuk bom ikan.

“Kesemua kru dan bot ditahan dan dibawa ke Jeti Pulau Mengalum untuk siasatan selanjutny­a mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985,” katanya.

“Semasa dihampiri bot suspek cuba untuk melarikan diri dan kru bot membuang bahan berwarna putih di laut bagaimanap­un tindakan pantas anggota kita berjaya menggagalk­an tindakan berkenaan.

 ??  ?? SALAH satu bot yang ditahan anggota APMM. SERBUK putih yang dipercayai bahan letupan bom ikan.
SALAH satu bot yang ditahan anggota APMM. SERBUK putih yang dipercayai bahan letupan bom ikan.
 ??  ?? ANTARA hasil tangkapan yang ditemukan di dalam bot suspek. LAKSAMANA PERTAMA MARITIM ADAM AZIZ Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu
ANTARA hasil tangkapan yang ditemukan di dalam bot suspek. LAKSAMANA PERTAMA MARITIM ADAM AZIZ Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia