Utusan Borneo (Sabah)

80 ibu bapa hadir Program Penetapan Sasaran PT3 dan SPM 2018

-

KIRA-KIRA 80 ibu bapa pelajar hadir pada Program Penetapan Sasaran PT3 dan SPM 2018 Sekolah Menengah St John (M) Beaufort.

Ibu bapa hadir berunding dan berbincang dengan anak masing-masing serta para guru untuk menetapkan sasaran pencapaian khususnya dalam SPM dan PT3.

Program yang merupakan acara tahunan sekolah berkenaan bertujuan meletakkan sasaran dan meningkatk­an motivasi para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan sasaran yang dibuat dapat dicapai dengan jayanya.

Para ibu bapa calon SPM dan PT3 juga diharap dapat memberikan kerjasama, komitmen dan tumpuan kepada aktiviti pembelajar­an anak khususnya di rumah mahupun di sekolah untuk memastikan anak mereka berjaya mencapai kecemerlan­gan yang diimpikan.

Dalam ucapan alualuanny­a, Penolong Kanan Pentadbira­n Albert Lai Chin mengharapk­an agar semua pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan sasaran yang dibuat akan dapat dicapai.

“Mencapai kecemerlan­gan dan maju dalam bidang pendidikan adalah tanggungja­wab individu itu sendiri. Oleh itu, jika semua pelajar inginkan kecemerlan­gan maka haruslah ada usaha yang gigih dan berdisipli­n terhadap diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata, “Kejayaan sekolah bukan datang dengan sendirinya tanpa perubahan daripada segi sikap dan kehadiran ke sekolah yang memungkink­an sekolah ini berada pada tahap yang amat baik di daerah ini dari segi pencapaian SPM,” katanya.

Pengetua Seah Soo Lin dalam amanatnya kepada para calon dan ibu bapa berharap agar wujud kerjasama dan komitmen yang tinggi antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam memastikan kejayaan anakanak mereka.

Beliau mengucapka­n terima kasih atas segala usaha para guru dalam mencemerla­ngkan sekolah itu sehingga menerima anugerah lonjakan tertinggi peringkat negeri Sabah dalam SPM.

Sekolah berkenaan menjadi sekolah terbaik Daerah Beaufort dalam SPM 2017 dengan Gred Purata 4.54 berbanding sekolah lain.

Taklimat PT3 dan SPM turut disampaika­n oleh setiausaha peperiksaa­n sebagai persediaan dalam membuat sasaran sebelum majlis perundinga­n ibu bapa dan pelajar dengan bimbingan para guru.

 ??  ?? CALON PT3 Dan SPM 2018 berikrar untuk mencapai sasaran mereka.
CALON PT3 Dan SPM 2018 berikrar untuk mencapai sasaran mereka.
 ??  ?? IBU bapa, guru dan pelajar bergambar kenangan selepas majlis berkenaan.
IBU bapa, guru dan pelajar bergambar kenangan selepas majlis berkenaan.
 ??  ?? IBU bapa sedang berbincang dengan anak mereka.
IBU bapa sedang berbincang dengan anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia