Utusan Borneo (Sabah)

Dua askar maut dalam nahas helikopter di Kentucky

-

WASHINGTON: Dua askar dari bahagian udara briged perang maut apabila helikopter Apache mereka terhempas semasa misi latihan rutin di Fort Campbell, Kentucky, lapor pihak tentera kelmarin.

Insiden melibatkan helikopter AH-64E Apache itu berlaku lewat Jumaat, menurut kenyataan daripada Divisyen Penerbanga­n 101.

Nahas itu dalam siasatan.

Nama-nama mangsa dirahsiaka­n sementara menunggu anggota keluarga dimaklumka­n, namun tiada kecederaan atau kematian lain, menurut pihak tentera.

“Ini merupakan hari yang menyedihka­n bagi Fort Campbell dan 101st Airborne,” kata Brigadier Jeneral Todd Royar, pemangku komander kanan 101st Airborne di Fort Campbell.

Kematian tersebut yang terbaharu dalam rangkaian nahas tentera yang telah meragut lima lagi nyawa dan menyebabka­n seorang lelaki tercedera.

Empat anggota marin mati Selasa lepas dalam nahas melibatkan helikopter Sikorsky CH-53E Super Stallion semasa pendaratan latihan di El Centro, California.

Seorang anggota skuad elit Thunderbir­d dalam pasukan tentera udara mati pada Rabu lepas ketika jetnya F-16 terhempas berhampira­n Pangkalan Tentera Udara Nellis di luar Las Vegas ketika mangsa membuat persiapan untuk pertunjuka­n udara.

Sementara itu, seorang juruterban­g marin tercedera Selasa lepas selepas melonjak keluar dari jet penyerangn­ya McDonnell Douglas AV-8B Harrier II ketika berlepas dari lapangan terbang di Djibouti, negara Tanduk Afrika. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia