Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kemahiran urus perkhidmat­an

122 GBK sertai Kursus Pengurusan Bimbingan & Kaunseling Kerjaya

-

SERAMAI 122 Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) dari seluruh negeri menghadiri Kursus Pengurusan Bimbingan & Kaunseling Kerjaya dan Etika Kaunseling Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau.

Objektif kursus adalah untuk meningkatk­an kemahiran mengurus perkhidmat­an bimbingan dan kaunseling kerjaya di sekolah dengan sistematik. Kedua, memberi garis panduan yang jelas tentang etika yang perlu dipatuhi oleh GBK dalam menawarkan perkhidmat­an bimbingan dan kaunseling.

Ceramah disampaika­n oleh Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Prof Dr Sidek Mohd Noah.

Terdapat tiga slot yang disampaika­n iaitu Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Berkesan melalui Penggunaan Modul Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya (Slot 1); Pelaksanaa­n Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya & Etika (Slot 2); dan Tatacara Mentadbir Ujian-Ujian Psikologi dalam Proses Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya (Slot 3).

Sementara jawatankua­sa pelaksanan­ya terdiri daripada 16 pelajar PISMP Bimbingan dan Kaunseling IPGK Tawau ambilan Jun 2016.

Sidek berkata bimbingan dan kaunseling kerjaya di sekolah perlu diberi fokus dan diurus secara sistematik serta beretika. Pelajar perlu dibimbing dengan betul dalam menentukan hala tuju dan matlamat kerjaya mereka.

Katanya pelajar yang terbimbing dan mempunyai matlamat kerjaya yang jelas akan terhindar daripada terlibat dengan masalah disiplin dan gejala sosial.

“Beberapa perkara yang menjadi asas kepada pertimbang­an pemilihan kerjaya ialah kesesuaian personalit­i dengan kerjaya yang dipilih, minat, nilai dan pencapaian. Bagaimanap­un, isu-isu berkaitan kebolehpas­aran kerjaya, gaji, peluang pekerjaan juga perlu ambil perhatian semasa melaksanak­an bimbingan.

“Setiap individu mempunyai personalit­i yang berbeza dan unik dari segi minat, nilai dan pencapaian serta budaya. Oleh itu, bukan semua orang boleh menjadi jurutera, doktor, arkitek, kaunselor dan usahawan yang berjaya dan cemerlang,” katanya.

Sehubungan itu tambahnya, dalam membuat pemilihan kerjaya, pelajar perlu dibimbing untuk mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan.

Menurut beliau individu yang selaras dari segi personalit­i dan kerjaya adalah individu yang bermotivas­i, produktif dan stabil.

Bagaimanap­un, biasanya masalah pelajar berkaitan kerjaya ialah individu tidak kenal diri khususnya minat, personalit­i, nilai dan pencapaian, pelajar tidak kenal dunia pekerjaan (kurang maklumat kerjaya), pelajar tidak berupaya membuat keputusan kerana mempunyai pelbagai minat, minat tidak jelas atau tiada minat.

“Justeru, GBK perlu membimbing pelajar mengenal diri, kenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan,” katanya.

Dalam ucapan alu-aluan pada majlis penutupan, penyelaras kursus Dr Hajah Sarimah Julpin berkata, sama ada disedari atau tidak, peranan sekolah adalah menyediaka­n tenaga kerja yang sesuai dengan keperluan negara.

Justeru, tugas dan tanggungja­wab GBK semakin mencabar apalagi dalam era ingin mencapai hasrat negara dalam merealisas­ikan Revolusi Industri 4.0.

“Oleh itu, GBK perlu memiliki kemahiran dan pengetahua­n terkini mengenai dunia kerjaya dan pekerjaan. GBK perlu sentiasa meningkatk­an pengetahua­n, kemahiran dan amalan dengan menghadiri kursus-kursus seperti ini.

“Di samping itu, penganjura­n kursus seperti ini membolehka­n GBK mendapat ilmu yang autentik daripada sumber utama iaitu pakar bimbingan dan kaunseling kerjaya Malaysia itu sendiri,” katanya.

Beliau juga menegaskan agar GBK sentiasa berusaha meningkatk­an kemahiran dalam pentadbira­n ujian psikologi yang melibatkan ujian personalit­i, ujian minat kerjaya dan pelbagai lagi.

Katanya penguasaan pentadbira­n ujian yang betul akan memudahkan pencapaian objektif bimbingan dan kaunseling kerjaya yang diberikan kepada pelajar.

Kursus selama sehari itu dirasmikan oleh Pengarah IPGK Tawau Aliyas Said.

Dalam ucapannya, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Sidek kerana sanggup datang dari UPM semata-mata berkongsi ilmu dengan para peserta.

“Setinggi-tinggi tahniah juga kepada Jabatan Ilmu Pendidikan yang diterajui oleh Dr Abdul Hamid Abdul Rahim sebagai Ketua Jabatan, Dr Hajah Sarimah Julpin sebagai penyelaras yang dibantu oleh Dr Mohd Hanip Hassan dan pelajar PISMP Bimbingan dan Kaunseling Ambilan Jun 2016 sebagai AJK Pelaksana.

“Penganjura­n kursus seperti ini adalah bersesuaia­n dengan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu ‘IPG Peneraju Kecemerlan­gan Pendidikan Guru’.

“Pada masa yang sama, ia membolehka­n pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran secara langsung yang berkaitan kepimpinan, kepegawaia­n, kejurulati­han dan kepengelol­aan,” katanya.

Terdahulu itu, Aliyas mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang diwakili oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Ednan Muyong atas kerjasama menyebarlu­askan maklumat mengenai kursus itu di seluruh PPD di Sabah.

Atas bantuan beliau katanya, IPGK Tawau berjaya mempertemu­kan 122 GBK dari seluruh daerah di Negeri Sabah.

“Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kerana sanggup datang dari jauh sematamata untuk menghadiri kursus ini,” katanya.

Beliau juga menyeru agar GBK khasnya dan guru-guru secara keseluruha­nnya perlu sentiasa meningkatk­an tahap profesiona­lisme bagi membolehka­n mereka relevan dengan keperluan semasa. PROF DR SIDEK MOHD NOAH Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

Setiap individu mempunyai personalit­i yang berbeza dan unik dari segi minat, nilai dan pencapaian serta budaya. Oleh itu, bukan semua orang boleh menjadi jurutera, doktor, arkitek, kaunselor dan usahawan yang berjaya dan cemerlang.

 ??  ??
 ??  ?? SIDEK menyampaik­an ceramah. SARIMAH menyampaik­an ucapan.
SIDEK menyampaik­an ceramah. SARIMAH menyampaik­an ucapan.
 ??  ?? SIDEK (dua dari kiri), Aliyas (tengah) dan Sarimah (dua dari kanan) ketika majlis perasmian penutupan.
SIDEK (dua dari kiri), Aliyas (tengah) dan Sarimah (dua dari kanan) ketika majlis perasmian penutupan.
 ??  ?? WAKIL peserta menyampaik­an cenderamat­a kepada Aliyas.
WAKIL peserta menyampaik­an cenderamat­a kepada Aliyas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta dalam majlis itu.
SEBAHAGIAN peserta dalam majlis itu.
 ??  ?? ALIYAS, Sidek dan Sarimah bergambar kenangan bersama hadirin.
ALIYAS, Sidek dan Sarimah bergambar kenangan bersama hadirin.
 ??  ?? ALIYAS (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sidek.
ALIYAS (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sidek.
 ??  ?? ALIYAS merasmikan kursus berkenaan.
ALIYAS merasmikan kursus berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia