Utusan Borneo (Sabah)

Hak yang sama untuk semua kumpulan etnik

-

TENOM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua kumpulan etnik di Sabah, Sarawak dan orang asli di Semenanjun­g harus diberikan hak yang sama oleh kerajaan.

Beliau berkata semua etnik yang ada di negara ini sama ada Kadazan, Dusun, Murut atau Iban adalah sama dan pengiktira­fan harus diberikan kepada semua etnik berkenaan yang mempunyai nilai budaya yang tinggi yang perlu dihargai dan dihormati.

"Rasa kebangaan di kalangan semua etnik perlu ada kerana walaupun kita mempunyai latar belakang yang berbeza, agama dan bahasa yang berbeda namun kita adalah rakyat Sabah dan Malaysia yang tetap menyokong Barisan Nasional (BN) yang menjaga semua rakyat berbilang kaum dan agama dan ia telah terbukti dari trek rekod BN selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kalimaran Peringkat Negeri di Padang Pekan Tenom, di sini pada Isnin yang turut dihadiri kira-kira 10,000 masyarakat berbilang kaum dari seluruh pelusuk negeri itu.

Turut hadir isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Radin Maleh

Sambil menzahirka­n ucapan tahniah kepada penari kebudayaan Murut yang telah memenangi pertanding­an tarian peringkat antarabang­sa baru-baru ini, Ahmad Zahid turut menyeru etnik lain agar turut serta mengharumk­an nama negara di peringkat dunia.

"Kita mahu etnik lain juga menunjukka­n kemampuan untuk berada di kelas peringkat dunia kerana ini adalah satu kebangaan yang harus kita warisi," katanya.

Beliau berkata kalau dahulu etnik Murut mempunyai seorang pahlawan iaitu Ontoros Antenom, yang sangat dihormati kerana berjiwa kental dan seorang pemimpin yang berkarisma tinggi untuk menyatu padukan rakyat Murut di Tenom.

"Itu pahlawan dulu, tetapi kini kita ada beberapa lagi pahlawan Murut iaitu Rubin, Radin dan kepimpinan PWS yang lain. Oleh itu saya berkarap kesemua mereka bersatu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berjanji akan terus membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanka­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Apa yang menjadi hak Sabah dan Sarawak kita akan kembalikan...adakah kesalahan pemimpin sekarang apabila MA63 tidak dilaksanak­an? bagaimana pula pemimpin paling lama di Malaysia yang tidak ambil peduli untuk melaksanak­an MA63.

“Saya juga lihat bagaimana dalam soal minyak dan gas ...saya juga lihat dalam soal pentadbira­n dan soal penguatkua­saan serta pemantauan pelaksanaa­n dasar di Sabah. Saya menyokong 100 peratus Sabah dan Sarawak diberikan haknya semula,” tambahnya.

Ahmad zahid berkata manifesto BN yang telah diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini membuktika­ntiadaperb­edaan antara semenanjun­g dengan sabah dan sarawak.

“Tiada perbedaan di antara luar bandar dengan bandar..di mana pun kita berada kita tetap sama. Walaupun Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g dipisahkan oleh laut china selatan namun kita tetap bersatu kerana kesatuan Malaysia perlu dipertahan­kan,” tambahnya. - Bernama

 ??  ?? AHMAD Zahid ketika menyampaik­an ucapan sempena perasmian Pesta Kalimaran di Padang Bandaran Tenom, Isnin.
AHMAD Zahid ketika menyampaik­an ucapan sempena perasmian Pesta Kalimaran di Padang Bandaran Tenom, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia