Utusan Borneo (Sabah)

Najib umum dua berita gembira

Lambang keprihatin­an BN kepada penduduk Semporna

-

SEMPORNA: Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan kerja pertamanya ke Semporna pada Isnin, menyampaik­an dua khabar gembira kepada pendudukdi­daerahini, sebagai melambangk­an keprihatia­n Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Semporna.

Dalam ucapan ketika melancarka­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna, perdana menteri mengumumka­n projek menaik taraf jalan raya sepanjang 18 kilometer dari bulatan simpang ke Kunak hingga ke Pekan Semporna daripada dua laluan kepada empat laluan.

Beliau turut mengumumka­n pembinaan jambatan menghubung­kan Pulau BumBum dengan tanah besar Semporna.

“Ini adalah keprihatia­n Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Semporna dan atas permintaan pemimpin di sini dan Ketua Menteri Sabah (Tan Sri Musa Aman),” katanya.

Perdana Menteri berkata pembinaan jambatan itu akan menjadikan bumi Semporna berubah menjadi pusat pelanconga­n dan memberi manfaat kepada rakyat.

Justeru, beliau meminta rakyat Semporna terus memberikan sokongan kepada BN bagi membolehka­n perubahan besar dilakukan kepada daerah ini.

Terdahulu ketika berucap, Ketua Penerangan UMNO Semporna Datuk Ramlee Marahaban menyentuh tentang keperluan pembinaan jambatan menghubung­kan Pulau Bum-Bum dengan tanah besar Semporna yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk di pulau itu.

Katanya pembinaan jambatan tersebut juga bagi kemudahan penduduk di pulau itu dan merancakka­n lagi pembanguna­n.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran pula dalam ucapannya menyatakan keperluan menambah laluan jalan raya dari simpang bulatan ke Kunak hingga ke Pekan Sempona itu bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

Pembinaan jambatan sepanjang 1.4 kilometer itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 penduduk di Pulau Bum-Bum yang tinggal di 52 kampung.

Ia juga sejajar dengan pengisytih­aran Pulau BumBum sebagai daerah kecil yang turut diadakan pada majlis yang sama. -Bernama

“Ini adalah keprihatia­n Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Semporna dan atas permintaan pemimpin di sini dan Ketua Menteri Sabah.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB dan isteri disambut meriah ketika tiba untuk melancarka­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di Dataran Regatta Lepa pada Isnin.
-Gambar Bernama NAJIB dan isteri disambut meriah ketika tiba untuk melancarka­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di Dataran Regatta Lepa pada Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia