Utusan Borneo (Sabah)

Umno yang angkat darjat kerjaya politik Shafie: Musa

-

SEMPORNA: UMNO ialah parti yang telah mengangkat darjat serta martabat kerjaya politik bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepanjang beliau berada dalam parti itu, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata ketika itu seluruh bahagian UMNO Sabah sentiasa memberi laluan dan sokongan penuh kepada Mohd Shafie untuk terus berada kukuh dalam antara barisan kepimpinan tertinggi parti sekali gus menjadi calon tunggal dari Sabah memegang jawatan naib presiden.

Malah, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberi kepercayaa­n kepadanya memegang portfolio timbalan menteri seterusnya menteri kanan di peringkat Persekutua­n.

Bagaimanap­un, katanya, MohdShafie,yangkinipr­esiden PartiWaris­anSabah(Warisan), tidak pernah menghargai mahupun berterima kasih kepada kepimpinan UMNO dan anggota parti itu yang selama ini menyokong beliau, sebaliknya menderhaka kepada pucuk pimpinan dan memburuk-burukkan parti.

Musa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna yang dirasmikan perdana menteri di sini, hari ini. Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban yang juga Ketua Penerangan UMNO Semporna; Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran; menteri-menteri Kabinet negeri dan pemimpin masyarakat Semporna, Isnin.

Padamajlis­yangberlan­gsung di Dataran Regatta Lepa, dekat sini, itu Najib turut mengisytih­arkan Pulau BumBum sebagai daerah kecil dan menyerahka­n geran tanah anak negeri kepada 1,000 penerima.

Mengulas lanjut, Musa berkata ketika Mohd Shafie menyandang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau tidak pernah berjumpa dengannya untuk membincang­kan perkara berhubung aspek pembanguna­nyangdiper­lukan di Sabah.

“Kita sama-sama orang Sabah. Apa salahnya datang (berjumpa) dan (berbincang) bangunkan Sabah. Ini saya harap tetapi tiada. Pintu saya sentiasa terbuka, apatah lagi (ketika itu Mohd Shafie) naib presiden UMNO dan menteri pusat. Jawatan tidak penting, yang penting adalah kita mempunyai hubungan baik dan boleh berunding,” katanya.

Musa juga berkata bekas Ketua Bahagian UMNO Semporna itu tidak dipecat atau dibuang daripada parti sebaliknya hanya dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan disiplin dilakukann­ya terhadap parti.

“Tetapi dia (Mohd Shafie yang) keluar dari UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah turut mengingatk­an seluruh anggota parti bahawa kesetiaan dan keikhlasan­adalahpent­ingdemi kelangsung­an perjuangan parti.

Beliau juga percaya rakyat Semporna akan tetap bersama UMNO dan BN, sekali gus memberi sokongan penuh kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat Semporna sememangny­a dikenali sebagai rakyat yang pandai menilai dan mengenang budi. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia