Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Semporna tidak sokong parti ditubuh atas dasar kecewa: Ramlee

-

SEMPORNA: Ketua Penerangan UMNO Bahagian Semporna Datuk Ramlee Marahaban yakin rakyat di daerah ini tidak akan terpengaru­h dengan parti yang ditubuhkan atas dasar dendam, kekecewaan dan berlandask­an kepentinga­n peribadi.

Beliau berkata rakyat Semporna sangat matang dan bijak dalam memilih pemimpin yang diyakini mampu memperjuan­gkan kepentinga­n dan kebajikan mereka serta pembanguna­n daerah secara keseluruha­nnya.

“Parti Warisan Sabah (Warisan) diasaskan oleh bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga bekas Ketua Bahagian UMNO Semporna itu hanyalah sebagai talian hayat untuk meneruskan kelangsung­an kerjaya politiknya.

“Parti (Warisan) ini bukan memperjuan­gkan kemajuan dan pembanguna­n negeri,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di sini, hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, menteri-menteri Kabinet negeri dan pemimpin masyarakat Semporna.

Pada majlis itu, Najib turut mengisytih­arkan Pulau BumBum sebagai daerah kecil dan menyerahka­n geran tanah anak negeri kepada 1,000 penerima.

Berhubung Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna, Ramlee yang juga pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHS) berkata projek pembanguna­n itu adalah usaha sama antara WHS, sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri, dan Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA).

Beliau berkata pusat pelanconga­n itu antara lain menyaksika­n enam komponen pembanguna­n termasuk pembinaan hotel setinggi 17 tingkat dengan 200 bilik, mini marina, esplanade dan pusat konvensyen berkapasit­i 1,000 orang.

“Kami menyedari potensi Semporna sebagai bandar mutiara yang menjadi tarikan pelancong. Ini adalah khas untuk rakyat Semporna. Dengan terbinanya pusat ini, limpahan manfaat akan dirasai rakyat termasuk peluang pekerjaan dan penglibata­n para usahawan tempatan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran yakin rakyat Semporna akan terus memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata meskipun UMNO Semporna berhadapan ujian, namun anggota parti terus kental mendukung perjuangan parti dengan memperkasa aktiviti turun padang memberi penjelasan kepada rakyat supaya tidak mudah terpengaru­h dengan desakan pihak luar.

Ribuan rakyat Semporna menanti ketibaan perdana menteri seawal 7 pagi bagi melihat dengan dekat dan mendengar ucapan secara langsung pemimpin nombor satu negara itu. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB (kanan) meyerahkan geran tanah kepada salah seorang penerima selepas melancarka­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di Dataran Regatta Lepa. Turut hadir Musa (tengah).
-Gambar Bernama NAJIB (kanan) meyerahkan geran tanah kepada salah seorang penerima selepas melancarka­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna di Dataran Regatta Lepa. Turut hadir Musa (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia