Utusan Borneo (Sabah)

BN sentiasa berusaha pastikan keamanan, kemakmuran rakyat: Musa

-

KENINGAU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk memastikan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat di negeri ini sentiasa terpelihar­a.

Sehubungan itu, katanya rakyat perlu sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaru­h dengan cubaan pihak tertentu yang sentiasa berusaha untuk menghancur­kan keamanan dan keharmonia­n yang sedang dinikmati.

“Apa (keamanan, kemakmuran dan keharmonia­n) yang sedang dinikmati oleh rakyat ketika ini adalah hasrat dan aspirasi kerajaan Barisan Nasional,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Hadir pada majlis itu ialah isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis, Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri Datuk Radin Maleh.

Musa juga menekankan bahawa mengenali dan memahami budaya antara etnik dalam masyarakat majmuk di negara ini sangat penting ke arah memperkasa­kan perpaduan dan integrasi nasional.

Katanya, perpaduan dan persaudara­an tanpa mengira status keturunan, kepercayaa­n dan anutan agama yang menjadi amalan rakyat di negara ini merupakan tonggak terpenting dalam pembinaan negara bangsa.

Beliau turut mengajak rakyat di daerah Tenom agar terus memperkuku­hkan komitmen dan iltizam bagi menjayakan pelbagai agenda transforma­si dan pembanguna­n di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Ahmad Zahid.

Musa yang juga pengerusi BN Sabah berkata kesetiaan rakyat kepada parti itu sangat penting bagi membolehka­n lebih banyak pembanguna­n dan kemajuan dapat dinikmati.

“Oleh itu rakyat di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman (perlu) terus bersatu padu dan bekerjasam­a dengan BN, untuk menjayakan agenda pembanguna­n rakyat.

“Semoga usaha BN dalam membangun dan memajukan negeri ini akan terus berjalan dengan lancar berkat sokongan serta dukungan daripada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB bersama kakitangan Jabatan Penerangan meninjau Jabatan tersebut selepas Perasmian Pusat Transfomas­i Bandar (UTC) Tawau.
-Gambar Bernama NAJIB bersama kakitangan Jabatan Penerangan meninjau Jabatan tersebut selepas Perasmian Pusat Transfomas­i Bandar (UTC) Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia